Tuesday, January 11, 2011
Kejutan di malam hari....
Pada ketika ini,tanggal 11/1/11 satu tarikh keramat kepada pelajar UTP yang tertunggu-tunggu keputusan peperiksaan semester July 2010. Adakah gembira atau duka cita? Untuk aku mungkin malam ini memberi berita yang agak sedih tetapi bersyukur dengan apa yang dapat.Kejayaan ditentukan daripada usaha masing-masing jadi itulah usaha aku selama semester lepas.
Bila jadi macam ini,kena marah sikit diri ini.Bukan apa,bila ada masa diabaikan, bila ada kelapangan, dibiarkan berlalu.Inilah jadinya.Otak berserabut,baru kalut nak belajar.Apa yang dapat? Sesuatu yang perlu diperbaiki..
Memang dah biasa result turun tetapi kali ini agak merisaukan kerana ada sesuatu yang aku telah janjikan pada seseorang...apa la aku nak jwb lps ni? Takpe la,biar masa yang menentukan.Benda dh jadi...
Malam ni tidur dalam kesedihan,insyaAllah esok membawa khabar gembira. Apa yang boleh buat berusaha, bermuhasabah dan bertawakal...Sudah ditakdirkan segalanya...Moga diri ini akan cekal dengan semua yang terjadi...
Wallahualam
Saturday, January 1, 2011
Tahun Baru, Azam Baru
- Memperbanyakkan ilmu dalam pelbagai bidang (keusahawanan dan agama)
- Menziarahi sahabat - sahabat setiap bulan
- Mengajar dan bersedekah kepada anak yatim dan orang yang memerlukan
- Memiliki modal untuk memperbesarkan perniagaan keluarga (sekurang-kurangnya RM 20,000 dan premis perniagaan)
- Mendaftar ahli keluarga dan saya untuk menunaikan haji atau umrah
- Melangsaikan hutang keluarga.
- Mewujudkan satu kumpulan yang bersama-sama melaksanakan bisnes dan CSR kepada masyarakat setempat dengan sukarela.
Inilah azam saya pada tahun ini dan ditambah dengan azam tahun lepas yang masih belum dilunaskan.Kita doakan setiap azam yang kita buat itu ada usaha dan memperoleh keberkatan dari Allah.
Azam ini jika difikirkan perlulah memenuhi prinsip SMART jika kita fikir rasionalnya kerana kita perlu suatu azam yang SPESIFIK agar dapat difokuskan dalam setiap pelaksanaannya.
Selain itu, azam itu jua MEASURABLE (boleh disukat) iaitu ia boleh disukat kejayaan dan kemajuannya sebagai contoh saya ingin memperoleh RM 20,000 pada hujung tahun ini.Ia suatu yang boleh saya sukat atau ukur tahap kemajuannya.
Kita perlu lihat juga adakah azam itu boleh dicapai (ACHIEVABLE). Jadi,kita perlu fikirkan adakah dengan usaha,aset dan keadaan ekonomi sekarang kita boleh dapat apa yang diazamkan itu. Orang ramai selalu berkata bila nak buat azam biarlah logik.
Bila saya katakan saya nak dapat premis perniagaan dan RM 20,000 pada bulan Disember 2011,maka keluarlah ungkapan "hang gila ka apa?" tetapi apa yang saya cuba capai itu adalah logik (REALISTIC) dan boleh diterima jika seseorang itu berfikir dengan apa cara yang boleh dilakukan untuk memperolehinya.
Yang paling penting untuk penentuan azam ini tercapai atau tidak adalah masa (TIME CONSTRAINT). Aspek ini juga perlu difikirkan agar dengan masa yang ada iaitu setahun adakah ia akan tercapai atau azam tersebut ada pecahan fasa-fasa tertentu.
www.stormreaders.net/fitrijamil
Saturday, December 25, 2010
Leader: Be a commoner or extraordinary?
So the question now is commoner or extraordinary? If I want to be a commoner,I can think as what all students think.I want this and that then request to the related parties.But if I want to be an extraordinary,the things that I need to do is fin and use what already have to get the advantage as optimum as we can so that the related parties will find that they really need to give somethings to the students in order to uplift what is already great.This is the way of thinking of an extraordinary persons. We can see this type of thinking when we see the knowledgeable person in the time of Turki Uthmaniyah. The learn all that related on what they investigate. From astronomy knowledge they learn algebraic and come to the sailing techniques and engineering knowledge. The world nowadays need this kind of thinking. We have a lot of resources but still said it not enough to supplies to all of the people in this world but actually the resources is more than enough if it is well manage like the time of Khulafa’ Umar Al-Aziz.
So,here I wrote as a university students, the level of people who can bring changes in the world. If we can trigger the extraordinary mindset in the university students, It will give benefit to the nation and also the world. The only things need to be done now is the first step so that other can follow the steps.Let us be the pioneer to show the path in order to conquer and make changes in the world.
Saturday, December 18, 2010
Thursday, December 16, 2010
Kuasa Pengguna
Semua kempen yang dilaksanakan dan dicanang- canang di media memang bagus dan memberi impak kepada pembangunan dan peningkatan ekonomi negara akan tetapi adakah kita fikir apa lagi yang rakyat boleh kurangkan sedangkan rakyat kini sudah habis berjimat.Kadang-kadang, sebagai seorang pelajar hanya belanja RM 5 untuk makan sehari.Adakah masih boleh dikurangkan lagi atau perlu dikurangkan lagi? Saya rasa agak mustahil di situ. Rakyat sudah berusaha berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian. Dengan kuasa pengguna, rakyat mencari barangan yang berpatutan di beli dan melihat kepada keperluan tetapi pabila melihat kepada suasana orang berada atau orang-orang atasan, masing- masing punya kereta yang besar-besar dan mewah. Ada sesetengah yang punya kereta untuk setiap individu yang berada dalam rumah tersebut.Adakah itu dikira berjimat?Ada juga yang melaksanakan jamuan besar-besaran dan akhirnya banyak makanan dibuang kerana tidak habis.Adakah itu dikira berjimat? Begitu jugalah teguran Ustaz Asri kepada pemimpin di dalam karyanya. Rakyat berhempas pulas mengurangkan perbelanjaan tetapi adakah orang berada melaksanakannya juga?Kita perlu ingat,sesuatu yang kita bicarakan akan mejadi amanah untuk kita tunaikan.Kelak akan ditanya di hari pembalasan.
Wallahualam...
Friday, October 15, 2010
Pilihan: Bahagia atau Merana
Pabila berdepan dengan pilihan, apa yang kita perlu buat. Kebergantungan kepada-Nya adalah yang paling penting. Solat istikarah adalah tindakan utama agar kita sentiasa dipandu oleh-Nya dalam setiap perbuatan kita. Musyawarah pula dengan meminta pandangan dari mereka yang lebih berpengalaman dan akhir sekali, ikut kata hati.Bila disuruh memilih, kadang-kadang kita buntu, bagai ditelan mati bapak,diluah mati bapak. Takkan kita yang akhirnya terpaksa makan hati dengan pilihan tersebut.Mungkin ya dan mungkin tidak.Untuk keputusan yang ingin membahagiakan semua pihak,kita terpaksa makan hati tetapi takkan la nak makan hati je sentiasa.Nak juga makan yang sedap-sedap. Jadi,kita akan memilih kepentingan diri sendiri pada saat itu. Kita akan mengabaikan perasaan orang lain, Apa kesan tindakan tersebut dan banyak lagi.Mungkin orang akan mengeluarkan persepsi negatif. Tapi itu lumrah kehidupan.Ada saatnya kita perlu mendengar tohmahan atau kejian demi membela diri sendiri.Tetapi sahabat-sahabat sekalian, Kita perlu ingat ayat Al-Baqarah:216 yang bermaksud:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Apa pun terjadi ada hikmah di sebaliknya. Apa yang perlu kita buat adalah redha dengan ketentuan dan memperbetulkan kesalahan yang telah dilaksanakan semampu kita. Mungkin ada yang mwmbuat pilihan Tentang zaujahnya dan mentaaruf pilihannya itu dan ditolak. Lepas itu,mereka terus mengatakan itu tindakan aku yang salah. Mungkin tidak, mungkin ia sebagai satu hikmah agar kita terus memperbaiki diri kita.Jadi, pabila pilihan yang kita buat itu menyakitkan, jangan fikirkan negatifnya tetapi berfikiran positif dengan setiap yang berlaku.InsyaAllah kita akan peroleh hikmah dalam setiap yang berlaku.
Allahualam...
Monday, October 11, 2010
Walimatulurus:Perkahwinan Firdaus Dan Aida
Penerangan Lanjut Manifesto...
Alhamdulillah,pada hari khamis yang lalu telah berlalu proses pengundian dan pengiraan undi untuk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011. Saya telah mendapat undian antara 6 tertinggi.Oleh itu, bermulalah pelaksanaan manifesto yang telah saya rancangkan pada hari pembentangan manifesto.Ia bukan satu bualan kosong tetapi satu janji yang perlu ditunaikan sepanjang tempoh saya memegang jawatan tersebut.
Dalam artikel yang lepas iaitu manifesto saya, ada yang bertanyakan ttg manifesto pertama. Bagaimana saya dapat meningkatkan kuailiti kemudahan makmal dengan masalah kewangan sekarang ini,Mungkin dari satu sudut kita nampak ia mustahil untuk dilaksanakan dengan kewangan yang kurang stabil dan pelbagai masalah yang ada. Akan tetapi, setelah melihat sendiri keadaan di beberapa makmal terutamanya makmal kimia kerana saya sendiri menggunakan makmal tersebut untuk melakukan eksperimen, saya dapati makmal ni perlu dilakukan penyelenggaraan semula.Saya tegaskan di sini,peningkatan kualiti tidak bermaksud kita memperoleh teknologi baru walaupun memang itu yang perlu pada masa sekarang tetapi kita perlu mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kekuatan yang sedia ada.
Selain itu, saya memang punyai banyak pengalaman dalam menguruskan program dan tidak dalam kepimpinan, dan mungkin manifesto saya tidak nampak macam saya ingin memperjuangkan hak pelajar. Saya jelaskan di sini,pabila kita berada dalam suatu pengurusan,kriteria yang perlu ada adalah bagaimana anda ingin membawa satu kelompok dalam pengurusan itu sehingga mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik tanpa terasa hati.Kita lihat tugas itu mudah,tetapi cuba anda ajak sekumpulan sahabat anda untuk berkelah sehari di pantai dan bahagikan tugas masing-masing.Jika anda dapat melaksanakan tugas tersebut tanpa seorang pun terasa hati.Anda layak menjadi pemimpin yang hebat.Saya tidak katakan jika kita tidak mampu,kita tidak boleh jadi pemimpin kerana sifat itu perlu dipupuk dan disemai sendiri.
Berkenaan tentang 'fight for student right'.Berjanji dalam manifesto adalah bukan semata-mata untuk mendapatkan undian tetapi menunjukkan bahawa calon itu mempunyai perancangan pabila dia bertanding.Itu yang saya lakukan.Memperjuangkan hak pelajar,itu adalah perkara utama tetapi perkara lain juga perlu dimuatkan dalam kepimpinan.Jadi saya mengambil langkah untuk melihat apa yang mahasiswa boleh dapat daripada situasi sekarang.Ini tidak bermaksud saya tidak memperjuangkan hak mahasiswa tetapi saya melaksanakannya dari sudut yang berlainan.Kepimpinan kali ini saya lihat akan dapat mengubah situasi dan memberi satu perubahan dalam pemikiran UTP.InsyaAllah.
Satu yang saya harapkan dari semua mahasiswa UTP,anda menyuarakan pandangan dan idea yang bernas dan kepimpinan kali ini berharap anda dapat memberi sokongan kepada kami dalam setiap pelaksanaan yang kami lakukan.
Wallahualam.
Sunday, October 3, 2010
Malam Pengenalan Calon Pilihan Raya Kampus 2010
Semalam pada tanggal 2 Oktober 2010 telah diadakan Malam Pengenalan Calon Pilihan Raya Kampus. Di sini para calon memperkenalkan diri serba sedikit beserta dengan manifesto yang dikatakan hanya janji kosong.Ingin saya Tegaskan di sini bahawa manifesto bukan sekadar janji kosong jika saya diberikan peluang dalam kepimpinan pada tahun hadapan.
Serba sedikit tentang manifesto saya yang telah dibacakan semalam:
"Enhancing the Quality" is my vision if i'm be selested as MPPUTP 2010/2011. In order to achieve the vision,I have already divided it into three main aspect:
1. Learning Facilities: to improve the equipment and the facilities qualities in the UTP which can result in the quality of learning culture.
2. Students' Achievement: I would like to encourage the student to always eager to learn new things besides what are in the syllabus in order to prepare ourselves in the complex world situations nowadays. Increase the awareness of the student about their surrounding which are current issues inside or outside of UTP. The target that I can make the UTP students as the best graduate in Malaysia and worldwide.
3. Events: I really want to see the integration between races and between local and international students. We in UTP has a lot of events which have reach to 300 events in this semester.Can you all imagine how around 6000 students manage to organize such a big number of event in about 14 weeks? For me it is good but it not so advisable because if we have to many events,we cannot focused on the quality of that events.So,we can see by ourselves,what happen to all of these events.So I would like to take initiative to improve the quality of our events so that everybody can get benefits with the conducted events.
Apa yang telah saya tulis di atas adalah serba sedikit tentang manifesto saya yang akan saya usahakan dengan pengalaman yang telah saya timba agar menjadi kenyataan dengan bantuan semua pihak. Jika semalam saya punya tidak cukup masa menyatakan semua perancangan saya,mungkin di sini anda dapat lihat sendiri apa yang bakal menjadi panduan dalam saya memimpin di masa hadapan...InsyaAllah..
Akhir kata, Perdana Menteri tunggak kepimpinan negara, Mahasiswa tunggak kepimpinan Dunia. Mari sama-sama kita pupuk budaya masyarakat yang gemilang,berkualiti dan berdaya saing sejak dari dalam kampus agar kita dapat menjadi pemimpin-pemimpin yang bakal mencorak negara dan dunia di masa hadapan...
Allahualam...
Friday, October 1, 2010
Pra-PRK 2010/2011
Monday, August 16, 2010
Ramadhan Satu Tarbiyah Jiwa dan Fizikal
Di kesempatan pagi yang tenang ini, tetapi hati ini masih me mberontak, mungkin tiada siapa yang mendengarku. Masalah bukan lagi satu halangan tetapi suatu kekuatan yang memintaku bangun semula tetapi adakah aku berdaya bangun semu la?Masih adakah kekuatan itu untuk aku teruskan apa yang telah ku rancang dalam hidupku. Masalah hati, masalah gerak kerja, masalah perhubungan melanda diri tidak henti-henti namun aku biarkan sahaja diri ini berusaha menghadapinya. Tidakku mahu menyusahkan sesiapa di sekelilingku.Biar mereka gembira bersama ku,biar mereka tahu aku sentiasa gembira, biar segala duka ditanggung sendiri.
Ramadhan menjelm
a dengan seribu satu kelebihan. Di awalnya rahmat, ditengahnya pengampunan dan di akhirnya adalah pembebasan dari api neraka. Moga semua memperoleh kelebihan dari bulan ramadhan yang mulia ini. Memang benar di awalnya rahmat. Pelbagai pengajaran ditunjukkan kepadaku dalam hanya baru 6 hari berpuasa. Pertamanya, berlaku satu peristiwa yang benar- benar merunsingkan aku sehingga aku menyendiri seorang diri beberapa hari. Hadir pengajaran atau mungkin petunjuk darinya agar aku berhenti dari menyendiri daripada sahabat iaitu peristiwa musibah-musibah yang melanda sahabat-sahabat. Aku berfikir sejenak, jika apa yang mereka lalui itu berlaku padaku masih adakah orang yang mengambil berat tentangku.Jika keluarga memang jawapannya adalah ya tapi aku jauh di perantauan.Siapa yang paling dekat denganku?jawapannya sahabat.
Peristiwa kedua telah aku risaukan begitu lama.ini kerana aku sudah tidak pulang ke rumah sejak bulan 5 tahun ini.Bagaimana keadaan keluargaku, Adakah mereka memaafkan aku kerna tidak pulang ke rumah?Aku tiada jawapan bagi semua soalan itu. Ini yang membuat aku sedih kerana seorang ayah kepada sahabatku meninggal dunia secara mengejut beberapa hari sebelum ramadhan tetapi dia masih berkesempatan berjumpa dengan ayahnya beberapa hari sebelum itu tetapi aku bagaimana?Sudah bersediakah aku? Hanya doa ku panjatkan agar aku berkesempatan untuk pulang walaupun sekejap.

Peristiwa ketiga yang membuatkan aku tidak dapat berkata-kata dan terharu.Peristiwa ini berlaku 2 hari yang lalu. Ketika aku selesai solat terawih 12 rakaat, aku terasa ingin membaca kitab-kitab yang tersusun di raks di masjid.Khusyuk membaca beberapa helai sambil memerhati beberapa orang kanak-kanak yang ceria bermain. Ketika sedang asyik membaca dating seorang kanak-kanak dari kalangan yang sedang bermain tadi mencapai senaskah Al-Quran dan membacanya.Terkedu aku seketika kerana budak itu menghafaz sambil mencari surah yang sedang dibacanya.Dengan lancar sekali bacaannya.Aku sangka dia adalah kanak-kanak dari luar Negara.Jadi setelah dia membaca satu surah(tak pasti surah apa kerana pada awlnya aku x memerhatikan bacaannya), aku memanggil dia.Namanya Ahmad bersekolah di SK Seri Tronoh. Aku berborak dengan dia.Baru darjah dua dah dilatih menghafaz Al-Quran.Memang ia bukan suatu yang agak pelik tetapi aku terharu kerana masih ada keluarga yang sebegini.Sungguh susah mencari keluarga terutama kanak-kanak yang sentiasa dekat dengan Al-Quran. Di sini, aku tidak terkata-kata kerana terimbau kembali zaman ku berada pada usianya. Sedih pun ada,Suka pun ada tetapi amibil pengajaran dari ini,Jika kanak-kanak boleh melazimi dan menghafaz Al-Quran takkan kita yang sudah dewasa ini tidak mampu
Baiklah,rasanya sekadar ini perkongsiannya.Banyak lagi peristiwa yang berlaku namun aku rasakan ini yang paling banyak member pengajaran padaku. Semoga ia bermanfaat pada semua yang membacanya. Bersama kita berebut dalam memperoleh kelebihan di bulan Ramadhan ini.InsyaAllah,ingatlah mungkin in adalah Ramdhan terakhir kita,jadi lakukan yang terbaik untuk mengisinya.Jangan biarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja.
Sekian,Wassalam…
Wednesday, July 7, 2010
Lahirkan Ramai Usahawan Siswazah
Bulan lalu ketika penulis berada di kota London, media massa negara tersebut melaporkan Universiti College London (UCL) telah dinobatkan sebagai universiti yang paling tinggi kadar kebolehpasaran pelajar di United Kingdom.
Kadar mula bekerja pelajar UCL selepas enam bulan pertama menamatkan pengajian ialah 94 peratus diikuti dengan Universiti Oxford (92 peratus) dan Universiti Cambridge (91 peratus).
Menariknya, di media British juga pada hari yang sama melaporkan kerisauan dan komen oleh CEO British Telecom dan Pengerusi Tesco berkaitan sistem pendidikan tinggi England yang gagal melahirkan lebih ramai usahawan muda di kalangan pelajar universiti.
Antara yang disentuh dua tokoh ini ialah perlunya konsep keusahawanan diberikan penekanan dalam sistem pendidikan tinggi agar pelajar pusat pengajian tinggi bersedia untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan selari dengan keperluan pasaran dan perancangan negara.
Ironi juga bila sebuah negara maju yang memiliki antara universiti terbaik di dunia masih tidak berpuas hati dengan tahap kualiti pendidikan tinggi mereka. Semangat daya saing yang tinggi jelas tergambar melalui komen dua tokoh perniagaan tersebut.
Dilaporkan untuk tahun 2009, United Kingdom berada di kedudukan kelapan dan terakhir dari segi kualiti hidup di kalangan negara di Eropah. Oleh kerana pendidikan tinggi adalah asas kepada peningkatan kualiti hidup, tidak sukar untuk difahami mengapa isu ini diketengahkan oleh media negara tersebut.
Kualiti hidup di Perancis dan Sepanyol berada di tempat pertama dan kedua terbaik di kalangan negara di Eropah.
Kita perlu melihat situasi ini sebagai isyarat untuk segera bertungkus-lumus meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara. Malaysia sebagai antara negara yang paling berjaya di kalangan negara membangun sedang berhadapan dengan persaingan yang sengit khususnya daripada Singapura, Vietnam dan negara-negara di Asia Barat. Tidak terkecuali China dan negara-negara bekas Kesatuan Soviet yang semakin berjaya membuka pasaran mereka.
Pembukaan pasaran bermaksud persaingan akan menjadi lebih hebat. Kehendak dan keperluan majikan terhadap sektor pekerjaan menjadi semakin sengit. Jika mengeluarkan barangan, tuntutan kualiti pengeluaran serta penguasaan teknologi menjadi semakin tinggi. Pasaran baru ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada para graduan negara ini.
Malangnya tahap pengangguran mahasiswa di negara ini masih tinggi. Setakat ini tiada laporan rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan berkaitan kadar pengangguran mahasiswa. Laporan media sekadar menganggarkan sekitar lebih lima puluh ribu mahasiswa masih menganggur selepas tamat pengajian mereka. Makna pengangguran menjurus kepada kumpulan mahasiswa yang tiada pekerjaan yang tetap.
Mungkin ini bukan masalah pihak universiti kerana telah melengkapkan tanggungjawabnya apabila seseorang mahasiswa menamatkan pengajian mereka. Tinggal lagi apabila mahasiswa keluaran IPT gagal mempunyai pekerjaan tetap, pihak universiti perlu juga melihat secara serius program pengajian yang ditawarkan.
Seolah-olah ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian seperti gagal dimanfaatkan oleh mahasiswa untuk memasuki alam pekerjaan. Sama ada ilmu pengajian itu sendiri yang tiada nilai untuk kerjaya atau mahasiswa itu sendiri yang dihasilkan tidak cukup kompetitif, kita masih boleh sahaja mendebatnya.
Apa yang pasti dan perlu segera dilaksanakan oleh pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi ialah bertindak membuka ruang yang lebih kepada mahasiswa. Satu ketika dulu, Kementerian Pengajian Tinggi begitu bersungguh menguar-uarkan program kemahiran insaniah, kompetensi generik atau nama lain yang lebih sinonim ialah soft skills.
Malangnya usaha ini nampaknya semakin tenggelam di IPTA tempatan. Tujuan soft skills ini diterapkan kepada pelajar agar nilai kebolehpasaran atau kebolehdapatan pekerjaan menjadi lebih tinggi di kalangan mahasiswa IPT. Soalnya selepas program ini dilaksanakan pun kadar kebolehpasaran masih dibelenggu dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat.
Oleh itu, pihak KPT perlu menilai semula dan mula menggerakkan secara serius dan besar-besaran kemahiran dan pendidikan keusahawanan di pusat pengajian tinggi.
Kalau kita bertanya kepada pelajar IPTA apa yang mereka faham tentang konsep dan idea keusahawanan, rata-rata akan memberikan jawapan yang agak ketinggalan. Mereka memahami keusahawanan sebagai aktiviti menjalankan perniagaan. Maka tidak hairanlah apabila persatuan pelajar menjalankan perniagaan secara kecilan untuk memenuhi maksud dan tujuan keusahawanan tersebut.
Mereka biasanya menjalankan perniagaan seperti menjadi ejen perkhidmatan tambah nilai prabayar telefon bimbit, penjualan cenderahati, menjalankan program motivasi di sekolah, berniaga semasa hari keluarga kolej kediaman atau semasa pesta konvokesyen universiti.
Jika yang lebih berminat untuk berniaga, ada yang menjadi orang tengah untuk membuat t-shirt program untuk rakan-rakan kampus. Itulah sifat atau bentuk keusahawanan yang ada di IPTA sekarang. Semua pelajar nampaknya memahami itulah aktiviti keusahawanan. Pada mereka ilmu keusahawanan adalah perniagaan jual beli barang atau perkhidmatan. Tidak lebih daripada itu.
Sebenarnya pelajar (juga pegawai Hal Ehwal Pelajar dan pensyarah) perlu memahami konsep keusahawanan yang lebih besar daripada itu. Jika kita meneliti lebih mendalam konsep ilmu keusahawanan di IPT, sepatutnya bermula dengan gabungan dua komponen utama iaitu kandungan pengajian dan kemahiran keusahawanan.
Sebagai contoh seorang pelajar yang belajar di dalam jurusan sejarah di universiti seharusnya mempunyai kandungan (pengajian sejarah) dan juga kemahiran keusahawanan untuk mencipta pasaran berkaitan bidang pengajiannya.
Penulis masih ingat kata-kata Mary Anne, (21 tahun) seorang siswi tahun dua pengajian Seni di Universiti College London semasa kami berbual. Antara komen beliau; "saya rasa sudah tidak masuk akal lagi untuk pihak universiti hanya menawarkan kursus pengajian tetapi tidak pula memberikan kemahiran kepada kami bagaimana untuk 'menjual' kepakaran kami selepas tamat pengajian." Saya setuju dengan pandangan beliau terutamanya dalam suasana pasaran kerja sekarang yang agak perlahan.
Universiti seharusnya perlu menggabungkan kandungan pengajian dengan kemahiran keusahawanan pada semua pelajar secara bersepadu. Bayangkan, alangkah baik jika seorang pelajar yang belajar berkaitan seni seperti teater, tarian atau muzik akhirnya akan menjadi usahawan seni. Mereka berupaya membuka galeri seni dan juga kelas seni secara tetap.
Begitu juga dengan seorang pelajar di dalam bidang geografi atau geologi, akhirnya boleh menjadi usahawan pelancongan, menjalankan perkhidmatan berkaitan alam sekitar dan sebagainya. Sepatutnya semua kursus bukan kritikal (seperti perubatan) yang ditawarkan di IPTA perlu mempunyai komponen kemahiran keusahawanan sekurang-kurang satu pertiga daripada keseluruhan silibus kursus pengajian tersebut.
Amalan sekarang ialah pihak pengurusan IPTA menerapkan kemahiran keusahawanan secara ad hoc atau atas pilihan pelajar. Pelajar akan mendaftar untuk menjadi ahli kepada kelab-kelab usahawan di bawah HEP sama ada yang dibiayai oleh pihak universiti atau kementerian dan pihak korporat.
Maka ada beberapa program seperti Techno- Entrepreneur, Program Prosper dan Usahawan Muda yang dijalankan di beberapa buah IPTA. Program ini sifatnya tidak menyeluruh, biasanya dimonopoli oleh kumpulan pelajar yang mengkhusus dalam pengajian ekonomi dan pengurusan perniagaan. Bagaimana pula dengan nasib pelajar di aliran sains sosial, pengajian Islam dan sains tulen. Mereka inilah yang sebenarnya lebih memerlukan kemahiran usahawan berbanding dengan kumpulan pelajar yang pertama.
Kemahiran asas keusahawanan yang ingin dibangunkan kepada mahasiswa perlu memenuhi konsep 3C iaitu Competitiveness, Creativity dan Communication. Semasa berada di Universiti Oxford, penulis perhatikan pelajar akan memperoleh kemahiran ini bukan melalui program ko-kurikulum tetapi dalam kursus pengajian mereka.
Melalui konsep tutorial perorangan secara mingguan (ini adalah keistimewaan Universiti Oxford dan Universiti Cambridge kerana masih mengekalkan amalan tutorial seorang pensyarah dengan seorang pelajar) pelajar dididik tentang budaya Competitiveness, Creativity dan Communication ini. Di sana idea tentang keusahawanan bukan berkaitan hanya ilmu jual beli barangan sahaja tetapi yang jauh lebih penting ialah membina budaya 3C sejak tahun pertama hinggalah tamat pengajian bersepadu di dalam kursus.
Sudah sampai masanya kurikulum kursus bukan kritikal IPTA disepadukan dengan ilmu keusahawanan. Pengajaran dan pembelajaran di dalam dewan kuliah juga perlu memasukkan komponen perkembangan serta isu semasa berkaitan pasaran yang berkaitan bidang pengajian. Ilmu yang diperoleh di dalam dewan kuliah tidak lagi boleh bersifat statik dan diulang-ulang pada setiap sesi pengajian.
Penulis ialah Timbalan Pengarah (Akademik Kolej), Pusat Pembangunan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Utusan Malaysia, 26 Nov 2009
Tuesday, May 18, 2010
Belajar dari Semut...
Lama jg x menulis dalam blog....hehehe...maklum la dh final exam...masa ber'blogging' perlu dikurangkan...
Baiklah...nak cerita skit pengalaman waktu exam ni.Tekanan melanda tp semester ni adalah ujian untuk aku.Teruji sgt2 sbb belajar last minute.Sblm ni prnh stdy last minute tp x la 2 hr sblm final br start study...huhuhu...xpe...amik pengajaran...Dalam tengah melayan emosi dan memikirkan balik nasib diri, aku melawat blog ust Pahrol sbb aku tau mesti ada cerita yang blh mengubat hati ini... dan kisah yg aku tertarik adalah belajar tawakkal daripada semut... kisahnya begini...
Friday, April 23, 2010
Usah Bersedih
Beberapa hari ini sejak dari pulang dari program Soul Development Camp yang diadakan di Lenggong,pelbagai keluhan dan kesusahan yang dialami oleh diriku dan juga rakan.Jika sehari tiada keluhan di status Gtalk tidak sah.Namun ku berfikir seketika kepada siapa keluhan ini dituju.Kpd manusia?Kpd masa?kpd kerja2 yang masih bertimbun?dari mana semua itu datang? Daripada-NYA kan? Tidakkah ini bermakna kita mengeluh kepada-NYA. DIA menguji kita dengan kemampuan kita.Tidak perlu kita mengeluh.Kita perlu redha dengan apa yang kita dapat. Sedarlah bahawa ujian itu adalah tanda DIA sayangkan kita.
Baiklah, di sini dengan ilmu yang tidak seberapa,saya menghuraikan serba sedikit cara menghadapi stress dan ujian dengan redha.
- Ingatlah bahawa ujian itu datang daripada-NYA.
- Ceritakan kepada kekawan yang boleh kita percayai.
- Hadapi segala ujian dengan teratur.
- Selesaikan satu per satu masalah yang ada.
- Dapatkan ketenangan daripada-NYA.
- Dekati alam sekeliling agar anda dikurniakan ketenangan daripada-NYA.
- Bermuhasabah diri.
Selamat beramal....
Thursday, April 15, 2010
Transformation
First and foremost, before further discussion we have to know about the meaning of the word transformation.Below is the definition for the word.
(1) : the operation of changing (as by rotation or mapping) one configuration or expression into another in accordance with a mathematical rule; especially : a change of variables or coordinates in which a function of new variables or coordinates is substituted for each original variable or coordinate (2) : the formula that effects a transformation b : function 5a c : an operation that converts (as by insertion, deletion, or permutation) one grammatical string (as a sentence) into another; also : a formal statement of such an operation.
From the definition, we can know that the transformation is a kind of changes that have been made either to the beneficial contribution or become worst.But here,the discussion will be focus on the changes in paradigm. Actually,people have live in the comfort zone in a long time until we fell that there is no important for everybody to made changes.So that there are no improvement happen and because of that the people cannot have new invention and influence others to follow the changes in the world and make use being left about 30 to 50 years late.Think about that again, we want to invent new hydrogen technology but that technologies have been made a research by other scientist in other country.Isn't that really sad for us.
Shift our paradigm,we can be like them but we have to think far and not just talk but work with it.Our people have a lot of ideas but because of the constraint about money and tachnologies that we have,most of us give up with their ideas. Actually the constraint is not the big problem if we want to make it become a reality.We can see that a people only made solar car by himself without using any high tech machines.Why they can made it? Because they not thinking the technology is the constraint but they think that their idea must be prove.So they have spirit to face any of the challenge come. We look back into the time of Khalifah Uthmaniyah.Why they can be the greatest empayar of Islam and in the world?Because they not see that different language between Yunani and Rom as a constraint but as a benefit and challenge for them to become a greatest ummah.They translate the knowledge into their language and now their knowledge become a main reference for every scientist in the world eventhough their name is not stated but they are the man who make people realize the important of knowledge.
So,here is not the time for us to be in the comfort zone anymore but now is the time for us to arise, plan for the future.Come back to the Creator and believe in ourselves that we can be the greatest ummah who contribute in the transformation of mindset and technologies in the world.
Ku Terima Takdirnya
Pagi ini saya diberikan kekuatan untuk meneruskan segala usaha yang telah dibuat.Pabila meneliti dan menyusuri laman sesawang yang disediakan oleh pihak universiti,saya begitu gembira dan ada juga sedihnya...Kenapa saya gembira???Tunggu di perenggan seterusnya...hehehe...di hening pagi ini,diriku berasa serba salah.tak tahu apa perasaan yang sepatutnya diluahkan akan tetapi terima kasih kepada sesiapa yang terlibat....
Dahulunya,ketika ku menjejakkan kaki di bumi UTP ini,diri ini adalah insan yang tidak punya apa2.bagai tiada nilai di sisi masyarakat kerana tidak mengenali manusia sekeliling.Yang ku ada hanyalah pemikiran dan berserah kepada-NYA untuk memandu saya dalam perjalanan.Dengan idea yang dikurniakan oleh-NYA,diri ini meneruskan perjalanan dan liku kehidupan di dunia baru.Pabila ku menyertai pelbagai program yang dijalankan walaupun baru umur setahun jagung di bumi UTP,ia telah membuahkan banyak buah fikiran yang hanya diri ini yang tahu.Maka timbullah suara2 sumbang mengatakan aku gila program...dalam hati ini bermonolog "lantak korg ar nak cakap apa janji aku dapat sampaikan apa yang aku nak". Setelah hampir 2 tahun bergelut dalam arena program ini aku dapat melihat serba sedikit hasilnya.
Di sini aku begitu gembira kerana banyak idea aku digunakan dan direalisasikan dalam universiti ini akan tetapi aku agak sedih kerana bukan kudratku sendiri yang menguruskan segala idea tersebut kerana diri ini hamba yang lemah.Diri ini kerdil dan hanya tidak berdaya untuk menguruskan segalanya.Aku berterima kasih kepada sesiapa yang merealisasikan segala idea yang aku berikan secara langsung atau tidak langsung.mmg dalam hati ini juga berbisik "kenapa aku tidak melakukan semua ini".Jawapannya mudah.aku tiada daya merealisasikannya....Hanya DIA yang tahu perasaan ini.
Terima kasih kepada yang membantu pelajar lain dengan menyebarkan kertas final paper,terima kasih kepada yang menjalankan aktiviti yang melibatkan alam sekitar dan terima kasih kepada sesiapa yang masih memperjuangkan kemaslahatan agama,bangsa dan negara juga alam sekitar.
Seorang pemimpin tidak memikirkan kepentingan peribadinya sendiri akan tetapi mementingkan keperluan para ahli pimpinannya...
Monday, April 12, 2010
Dunia Perniagaan

Hurm...tajuk hari ini.Apa yang dimaksudkan dengan perniagaan?Perniagaan adalah proses jual beli barang. Kalau dilihat dai segi luaran,perniagaan adalah suatu urusniaga yang bertujuan untuk memperoleh keuntungan dan juga mengembangkan penjualan di serata tempat. Akan tetapi, jika kita ingin berjaya,kita perlu memikirkan lebih jauh dan kreatif.Ini adalah pemikiran sebagai usahawan.Kita tidak boleh hanya berada dan berharap dengan keuntungan dan produk yang sama.Kita perlu berfikiran lebih kreatif bagi mengikut situasi dan keperluan semasa.Kita perlu memikirkan perjalanan perniagaan dalam jangka masa yang panjang.Bukan keuntungan masa pendek dan terhad.Di sini saya ingin mempromosikan sedikit tentang hal perniagaan Islam. HPA adalah salah satu syarikat yang mengeluarkan produk yang halal. Jadi dengan perlaksanaan perniagaan ini,saya perlu lebih kreatif untuk menerobos sempadan minda para pelajar terutamanya dan juga belia untuk sedar bahawa kita perlu mencari makanan yang halal dan jauh dari syubhah(was-was).
Di sekitar kita terdapat pelbagai makanan yang tidak di yakini kehalalannya akan tetapi HPA telah menyediakan alternatif kepada para pengguna untuk menggantikan segala barang yg syubhah dengan yang diyakini halal. Ini adalah salah satu langkah untuk mewujudkan ummah yang terbilang.Setiap apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita.Jika banyak makanan yang dimakan tidak diyakini kehalalannya maka segalanya akan menjadi darah daging kita dan ini sekali gus menyebabkan kita susah untuk menerima ilmu dan juga rezeki.
Oleh itu kita perlu berusaha dalam mencari makanan yang halal dan memberikan alternatif kepada para pengguna untuk mendapatkan bahan makanan yang halal.Oleh itu,HPA adalah salah satu alternatif yang terbaik untuk diperkembangkan.Jika anda berminat menjadi pengedar atau berminat untuk mempromosikan produk ini dalam komuniti anda boleh menghubungi saya di talian tertera...0194306456...
Kegagalan permulaan Kejayaan...
Di hebing pagi ini,dalam suasana yang indah dan damai,diri ini merasa begitu tiada perasaan untuk belajar...adakah ku gagal? adakah aku terlalu memikirkan hal lain? hurm...diri ini tidak punya jawapan.Yang ku tau hanyalah diri ini tiada perasaan untuk belajar...
Akan tetapi,kita tidak boleh selama2nya berkata kita tiada perasaan dah nak belajar kerana di dunia yang penuh mencabar ini,hanya ilmu yang boleh mengangkat kita. Jika kita ketinggalan maka kita akan terus tertinggal jauh ke belakang. Kita perlukan ilmu dalam apa jua liku2 kehidupan agar kita tidak tersadung dan tersungkur.
Kata orang kita perlu berani untuk gagal jika kita ingin berjaya.Memang ada buktinya seperti thomas edison yang mencipta mentol.Setelah beribu2 kali mencuba akhirnya beliau berjaya.Apa kata beliau?"Saya tidak menganggap kegagalan saya itu adalah gagal tetapi saya belajar ilmu baru setiap kali saya gagal".Kita lihat betapa positifnya pemikiran beliau sehingga kita boleh hidup tanpa gelap gelita di malam hari.
Ramai orang tidak berani mencuba sesuatu yang baru kerana takut akan kegagalan tetapi ada juga yang beralah pabila kegagalan mendatang. Sikap seperti ini perlu dibuang dan perlu diganti dengan sikap optimis yang sentiasa tidak putus asa dengan usaha yang dilakukan dan yang penting berserah kepada-NYA didalam setiap usaha yang dilakukan.
InsyaAllah,dengan sedikit perkongsian di sini dapat meningkatkan sikap positif dalam diri masing-masing dan kita menjadi umat terbaik di muka bumi ini...
Thursday, April 8, 2010
Kelemahan Diri
Terasa diri ini sangat teruk kerana apa yang dilakukan semua tak menjadi.Mungkin ini ketentuan-Nya tetapi mungkin inilah balasan kepaa diri ini yang leka dan alpa dengan permainan dunia sehingga aku mengabaikan perkara-perkara penting dalam hidupku.Wahai sahabatku,maafkan diri ini jika ada ku kasari dirimu dalam tidak kesedaranku. Wahai rakan,maafkan aku jika aku tersalah dan menyusahkan dalam gerak kerja ku. Wahai hati, aku terabai kamu sehingga aku melebihkan akal dalam setiap langkahku.
Penyesalan ini mungkin sudah terlambat dan mungkin tiada kemaafan untuk semua ini tapi ku hanya berharap agar semuanya dimaafkan oleh sahabat2ku. Hati ini sedih melihat jasad terkontang-kanting melakukan kerja dunia,mengabaikan ibadah akhirat. Apa yang nak jadi dengan diri ini.Sungguh hina kurasakan diri ini.Ya Allah,hanya pengampunan dari Mu aku berharapa. Pertolongan dari Mu aku dambakan. Peringatan dari Mu aku perlukan jika aku terleka. Moga kau dampingi diri ini dengan orang2 yang sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...
Penyesalan tiada gunanya tetapi taubat yang ku pinta. Langkah perubahan yang aku ambil. Pandulah aku dalam jalan RedhaMu, Ya ALLAH...
Ameen...
Tuesday, April 6, 2010
DIA, Aku dan Kawan2...
TAKBIR!!! Allahuakbar....





