Friday, October 1, 2010

Pra-PRK 2010/2011

Bismillah...


Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti tajuk yang telah tertera iaitu berkenaan dengan PilihanRaya Kampus bagi sesi 2010/2011 telah bermula dengan Proses penamaan calon pada 29 September yang lalu.Seramai 7 orang calon akan bertanding dalam kerusi UMUM dan untuk kerusi PROGRAM tiada pemilihan kerana bilangan calon yang tidak mencukupi. Jadi di sini bermulalah satu era bagi diri ini dalam satu bidang yang mungkin agak baru bagi saya iaitu bidang politik.Saya, Muhammad Fitri bin Jamil adalah salah seorang calon yang akan bertanding dalam PRK 2010.

Di sini saya ingin mengajak sahabat kampus dalam membuat pilihan yang bijak dalam pemilihan pemimpin anda. Para pemimpin ini yang akan memacu perjalanan para pelajar dalam kampus. Pemimpin yang adil,kreatif, baik dan mempunyai visi untuk membawa universiti ke arah sebuah universiti yang mempunyai pelajar yang berkebolehan (well-rounded) perlu dipilih.
Saya yakin para sahabat dapat melaksanakan tanggungjawab anda semua untuk membuat keputusan dan kami yang bertanding akan melaksanakan apa yang termampu dan sehabis baik agar suasana politik kampus dapat dipupuk dan kesedaran tentang pentingnya politik dalam membentuk satu tamadun itu hadir dalam diri setiap mahasiswa di kampus Universiti Teknologi PETRONAS.

Akhir kata, Kepimpinan yang berkesan membawa kepada sebuah ketamadunan yang mantap.Jadi inilah masanya untuk anda sendiri menentukan para pemimpin anda dan anda mempunyai kuasa memilih,pilihlah pemimpin yang sesuai dan dapat mencorakkan nilai sebuah tamadun yang hebat dalam kampus kita. Untuk menilai kebaikan kepimpinan,hadirlah mendengar manifesto yang bakal dibentangkan pada hari SABTU (2/Oktober 2010) bertempat di Dewan Canselor UTP pada pukul 8.00 malam...

'Selamat Mengundi Kepada Semua Warga Kampus UTP'

No comments:

Post a Comment