Saturday, December 25, 2010

Leader: Be a commoner or extraordinary?


Bismillah...


        Today is the second last day for the preparation of the tenure next year to be execute and today is the time for us to arise the issues that are happen in the campus.During this time,in our perspectives only already got a lot of things being arise.Most of them are the issues that appear during the end of the semester.Here actually come to my mind about to be a commoner or extraordinary?Be a leader is not a simple work but a tough job need to be done.Like what is written in the book Art of War written by Sun Tzu,he said that we need to determine our field before go to fight there.There are five criteria that need to be consider. One of them is The Moral Law: the leaders need to get the respect from the followers and the followers do what the leaders say.


        This thought come when I think about the situation of the student in the campus. Students nowadays are searching on something difference from the other leaders done. Leaders cannot follow all ehat they request but leaders can make all the students understand the situation because some of the request cannot become reality due to limitation factors.We see the request can be fullfil actually but due to the situation of us as students,it will limit what we want.So, be a leader need to make all the students understand the situation.


        So the question now is commoner or extraordinary? If I want to be a commoner,I can think as what all students think.I want this and that then request to the related parties.But if I want to be an extraordinary,the things that I need to do is fin and use what already have to get the advantage as optimum as we can so that the related parties will find that they really need to give somethings to the students in order to uplift what is already great.This is the way of thinking of an extraordinary persons. We can see this type of thinking when we see the knowledgeable person in the time of Turki Uthmaniyah. The learn all that related on what they investigate. From astronomy knowledge they learn algebraic and come to the sailing techniques and engineering knowledge. The world nowadays need this kind of thinking. We have a lot of resources but still said it not enough to supplies to all of the people in this world but actually the resources is more than enough if it is well manage like the time of Khulafa’ Umar Al-Aziz.


        So,here I wrote as a university students, the level of people who can bring changes in the world. If we can trigger the extraordinary mindset in the university students, It will give benefit to the nation and also the world. The only things need to be done now is the first step so that other can follow the steps.Let us be the pioneer to show the path in order to conquer and make changes in the world.


Wallahualam...

Character of the writers:
Green:the person who growth for organization,pious,love adventure,brave heart

Saturday, December 18, 2010

Novel Islamik Yang Boleh Anda Miliki

Thursday, December 16, 2010

Kuasa Pengguna

Bismillah.


        Beberapa hari ini,saya punyai masa untuk membaca dan meneliti buku-buku yang dah lama dibeli tapi tak sempat dibaca. Salah satu buku tersebut adalah Bicara buat Pemimpin dan Rakyat karangan Dr.Mohd Asri bin Zainal Abidin atau Dr.MAZA atau juga dikenali sbg Ustaz Asri, Bekas mufti Perlis dan kini pensyarah di Universiti Sains Malaysia.Dalam karangan beliau terdapat satu teguran kepada semua rakyat amnya dan pemimpin dan orang berada khususnya mengenai amalan berjimat cermat.

        Menarik juga jika dilihat pada tajuknya. Amalan berjimat cermat,satu amalan yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia ini tidak boros. Banyak artikel dan kempen dilaksanakan tentang amalan ini.Ia suatu initiatif yang sangat menarik dan bagus.Cara promosinya juga sangat meyakinkan para pengguna sehingga ramai yang memilih barangan buatan Malaysia yang berkualiti dan murah. Suatu yang menarik juga di sini adalah kempen-kempen ini akan berleluasa pabila kerajaan menaikkan harga minyak yang menyebabkan harga barangan keperluan lain seperti gula juga meningkat.Adakah kempen ini sebagai ubat pelali atau penenang untuk semua rakyat berhenti memikirkan isu kenaikan harga?Mungkinkah ia sebagai satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kadar import barangan luar sekaligus mengurangkan kos import?Itu kita sebagai pengguna bijak perlu memikirkannya.Saya tinggalkan persoalan itu untuk difikirkan semua.

Pada 13 Disember lalu saya ada terbaca satu artikel menarik ketika dalam perjalanan pulang ke universiti tercinta.Di dalam akhbar Kosmo terlakar satu artikel bertajuk "Persatuan Pengguna digesa lebih aktif". Antara isinya adalah kempen kesedaran mengurangkan kos peerbelanjaan harian rakyat.Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pengguna akan lebih berinformasi dan mampu bertindak untuk mengurangkan perbelanjaan harian dengan perlaksanaan kempen ini. Selain itu, ia akan dapat mengurangkan kos pengimportan barangan keperluan. Perlaksanaan kempen ini sangat bagus dan tepat pada masanya dalam keadaan ekonomi yang kurng stabil ini disusuli pun denga Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja sekaligus boleh mengurangkan kebergantungan kita kepada sumber dari luar. Hal ini boleh mengurangkan kos pengimportan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

        Semua kempen yang dilaksanakan dan dicanang- canang di media memang bagus dan memberi impak kepada pembangunan dan peningkatan ekonomi negara akan tetapi adakah kita fikir apa lagi yang rakyat boleh kurangkan sedangkan rakyat kini sudah habis berjimat.Kadang-kadang, sebagai seorang pelajar hanya belanja RM 5 untuk makan sehari.Adakah masih boleh dikurangkan lagi atau perlu dikurangkan lagi? Saya rasa agak mustahil di situ. Rakyat sudah berusaha berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian. Dengan kuasa pengguna, rakyat mencari barangan yang berpatutan di beli dan melihat kepada keperluan tetapi pabila melihat kepada suasana orang berada atau orang-orang atasan, masing- masing punya kereta yang besar-besar dan mewah. Ada sesetengah yang punya kereta untuk setiap individu yang berada dalam rumah tersebut.Adakah itu dikira berjimat?Ada juga yang melaksanakan jamuan besar-besaran dan akhirnya banyak makanan dibuang kerana tidak habis.Adakah itu dikira berjimat? Begitu jugalah teguran Ustaz Asri kepada pemimpin di dalam karyanya. Rakyat berhempas pulas mengurangkan perbelanjaan tetapi adakah orang berada melaksanakannya juga?Kita perlu ingat,sesuatu yang kita bicarakan akan mejadi amanah untuk kita tunaikan.Kelak akan ditanya di hari pembalasan.
        Sebagai orang yang berilmu, perlulah kita renungkan,fikirkan,selami hati semua pihak supaya lahir rasa empati dan semua orang akan hidup aman bahagia di dunia dan akhirat.Kita teladani kisah Saidina Umar Al-Khattab yang sangat bencikan pembaziran dan adil. Beliau tidak hidup mewah selagi rakyatnya menikmati kemewahan yang sama sepertinya. Selain itu, sempena pelancaran Kempen Kuasa Pengguna "1Pengguna 1Suara",marilah kita meningkatkan ilmu tentang kuasa kita sebagai pengguna yang mempunyai hak-hak yang boleh kita tuntut jika sesuatu pembelian tidak mencapai tahap yang telah ditetapkan.

        Ini adalah peringatan untuk diri saya yang hina dan untuk semua agar kita sama-sama meneliti diri dari hari ke hari agar hari ini lebih baik dari hari kelmarin dan hari esok lebih baik daripada hari ini.Moga kita tergolong dalam golongan yang beruntung.

Wallahualam...

Friday, October 15, 2010

Pilihan: Bahagia atau Merana

Bismillah...

Apabila berbicara tentang hati, siapa tahu apa yang tersirat dalam lubuk yang dalam itu.Jika mereka kata "saya blh baca hati kamu,kamu tengah fikir itu dan ini". Mungkin betul apa yang dikatakan.Mungkin ia benar atau kebetulan Kita pun tak mengetahuinya tetapi memang hati sukar dibaca. Manusia dikurniakan dengan banyak nikmat antaranya mata. Dengan mata kita dapat melihat, merenung dan menikmat keindahan ciptaan-Nya. Itu adalah mata yang kita lihat dari fizikal. Ramai orang dapat melihat dan kita semua mengagumi apa yang kita lihat. Bersyukurlah dengan nikmat yang telah diberikan sebelum ia ditarik balik dan gunakan nikmat itu sehingga orang yang tak berpeluang memperoleh nikmat itu juga dapat merasainya.

Namun begitu, manusia punya dua mata iaitu mata yang kita dapat lihat dengan fizikal dan juga mata hati. Pakar akan menyatakan ikutlah kata hati tapi manakah ia? Mungkinkah di hati? Namun kita perlu sedar, kata hati ada yang membuatkan kita betul dan salah. Kata hati itu betul selagi tuannya mengikat tali perhubungan antara hatinya dengan Allah dan Rasulnya. Jika tidak, mungkin kata hati itu adalah bisikan dari syaitan yang durjana.

Di sini, saya ingin berbicara tentang pilihan dalam hidup.Adakah kita punya pilihan dalam hidup? Bagaimana kita hendak memilih pilihan yang betul? Bagaimana pulak kalau kita salah membuat pilihan?Banyak persoalan timbul pabila masalah hati dibicarakan.

Pabila berdepan dengan pilihan, apa yang kita perlu buat. Kebergantungan kepada-Nya adalah yang paling penting. Solat istikarah adalah tindakan utama agar kita sentiasa dipandu oleh-Nya dalam setiap perbuatan kita. Musyawarah pula dengan meminta pandangan dari mereka yang lebih berpengalaman dan akhir sekali, ikut kata hati.

Bila disuruh memilih, kadang-kadang kita buntu, bagai ditelan mati bapak,diluah mati bapak. Takkan kita yang akhirnya terpaksa makan hati dengan pilihan tersebut.Mungkin ya dan mungkin tidak.Untuk keputusan yang ingin membahagiakan semua pihak,kita terpaksa makan hati tetapi takkan la nak makan hati je sentiasa.Nak juga makan yang sedap-sedap. Jadi,kita akan memilih kepentingan diri sendiri pada saat itu. Kita akan mengabaikan perasaan orang lain, Apa kesan tindakan tersebut dan banyak lagi.Mungkin orang akan mengeluarkan persepsi negatif. Tapi itu lumrah kehidupan.Ada saatnya kita perlu mendengar tohmahan atau kejian demi membela diri sendiri.Tetapi sahabat-sahabat sekalian, Kita perlu ingat ayat Al-Baqarah:216 yang bermaksud:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Apa pun terjadi ada hikmah di sebaliknya. Apa yang perlu kita buat adalah redha dengan ketentuan dan memperbetulkan kesalahan yang telah dilaksanakan semampu kita. Mungkin ada yang mwmbuat pilihan Tentang zaujahnya dan mentaaruf pilihannya itu dan ditolak. Lepas itu,mereka terus mengatakan itu tindakan aku yang salah. Mungkin tidak, mungkin ia sebagai satu hikmah agar kita terus memperbaiki diri kita.Jadi, pabila pilihan yang kita buat itu menyakitkan, jangan fikirkan negatifnya tetapi berfikiran positif dengan setiap yang berlaku.InsyaAllah kita akan peroleh hikmah dalam setiap yang berlaku.


Allahualam...

Monday, October 11, 2010

Walimatulurus:Perkahwinan Firdaus Dan Aida

Bismillah...

Setelah tamat pengiraan undi untuk Pilihan Raya Kampus pada hari khamis yang lalu, aku bergegas menyiapkan segala assignmen walaupun tak siap sepenuhnya kerana aku pada hari sabtu dan ahad akan diadakan majlis pernikahan dan persandingan mempelai bernama Muhammad Firdaus bin Jamil dan Nur Aida binti Samiun di Jelapang. Hari sabtu aku bergegas ke sana.Dah lama tak jumpa keluarga yang tersayang.Lepas raya haritu adalah yang terakhir.



















Persiapan dah siap dilakukan pada ketika aku sampai di 'homestay' tempat keluarga aku menginap.Hanya nak kemas-kemas dan menyiapkan apa yang patut sahaja untuk majlis pernikahan pada malam tersebut.Sebelum Isyak,pihak rombongan lelaki bergerak ke masjid untuk solat Isyak di masjid berdekatan.Majlis pernikahan dilaksanakan di rumah pengantin perempuan.Alhamdulillah, pada malam hari Sabtu (9/10/10) pada jam 9.10 malam pasangan mempelai ini diijabkabulkan.Bertambah ahli keluarga aku pada hari itu.Keluarga pihak perempuan ni,salah seorang dari saudaranya adalah kawan karib emak aku.jadi memang dah rapat.Itulah manisnya persahabatan jika di jaga dan dihargai. Kawan sampai jadi besan...hehehe.

Keesokan harinya,berlangsung majlis persandingan dan aku jadi pengapit.Pengalaman pertama ni,takut gak tp relaks aje. Meriah majlis pada hari tersebut,Kehadiran rakan-rakan dari kedua2 belah pihak mempelai dan sanak saudara memriahkan lagi keadaan.Memang riuh rendah la.Kawan aku yang datang,Nuar,izzat, roy n alan.Terima kasih kerana dapat memenuhi jemputan.seronok tengok semua orang gembira pada hari tersebut. Ini serba sedikit kemeriahan suasana di majlis persandingan.Gambar banyak kabur.tak boleh nak upload.


























Setelah tamat majlis dalam pukul 3.30 petang, pihak keluarga lelaki mengundur diri.Tapi pengantin lelaki tak blk sekali ke rumah penginapan.Nak duduk dgn family baru lama skit kot.hehehe. setelah berbalas hantaran dan semuanya siap,kami beransur pulang. Aku pun bergerak pulang ke UTP bersama kawan2 yang datang sbb family aku kata nak blk malam itu juga dalam pukul 8 malam.Tetiba abang aku x bg balik lg.suruh balik pagi hr isnin.Kalau aku tau,x blk lg la aku.Baik aku tido sana jg...Dh la lama x blk langkawi. Pada 30/10/2010 akan diadakan kenduri di rumah pihak lelaki iaitu di langkawi. Masa itu aku akan usaha juga balik walau ada banyak keje nak kena bt dalam minggu itu...dapatkah aku pulang ke Langkawi setelah hampir satu tahun tidak menjejak kaki ke pulau tercinta itu?Kita tunggu saatnya 2 minggu dari sekarang...Semua dijemput hadir,sape nak pegi bgtau ye...

Wallahualam...

Penerangan Lanjut Manifesto...

Bismillah...

Alhamdulillah,pada hari khamis yang lalu telah berlalu proses pengundian dan pengiraan undi untuk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011. Saya telah mendapat undian antara 6 tertinggi.Oleh itu, bermulalah pelaksanaan manifesto yang telah saya rancangkan pada hari pembentangan manifesto.Ia bukan satu bualan kosong tetapi satu janji yang perlu ditunaikan sepanjang tempoh saya memegang jawatan tersebut.

Dalam artikel yang lepas iaitu manifesto saya, ada yang bertanyakan ttg manifesto pertama. Bagaimana saya dapat meningkatkan kuailiti kemudahan makmal dengan masalah kewangan sekarang ini,Mungkin dari satu sudut kita nampak ia mustahil untuk dilaksanakan dengan kewangan yang kurang stabil dan pelbagai masalah yang ada. Akan tetapi, setelah melihat sendiri keadaan di beberapa makmal terutamanya makmal kimia kerana saya sendiri menggunakan makmal tersebut untuk melakukan eksperimen, saya dapati makmal ni perlu dilakukan penyelenggaraan semula.Saya tegaskan di sini,peningkatan kualiti tidak bermaksud kita memperoleh teknologi baru walaupun memang itu yang perlu pada masa sekarang tetapi kita perlu mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kekuatan yang sedia ada.

Selain itu, saya memang punyai banyak pengalaman dalam menguruskan program dan tidak dalam kepimpinan, dan mungkin manifesto saya tidak nampak macam saya ingin memperjuangkan hak pelajar. Saya jelaskan di sini,pabila kita berada dalam suatu pengurusan,kriteria yang perlu ada adalah bagaimana anda ingin membawa satu kelompok dalam pengurusan itu sehingga mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik tanpa terasa hati.Kita lihat tugas itu mudah,tetapi cuba anda ajak sekumpulan sahabat anda untuk berkelah sehari di pantai dan bahagikan tugas masing-masing.Jika anda dapat melaksanakan tugas tersebut tanpa seorang pun terasa hati.Anda layak menjadi pemimpin yang hebat.Saya tidak katakan jika kita tidak mampu,kita tidak boleh jadi pemimpin kerana sifat itu perlu dipupuk dan disemai sendiri.

Berkenaan tentang 'fight for student right'.Berjanji dalam manifesto adalah bukan semata-mata untuk mendapatkan undian tetapi menunjukkan bahawa calon itu mempunyai perancangan pabila dia bertanding.Itu yang saya lakukan.Memperjuangkan hak pelajar,itu adalah perkara utama tetapi perkara lain juga perlu dimuatkan dalam kepimpinan.Jadi saya mengambil langkah untuk melihat apa yang mahasiswa boleh dapat daripada situasi sekarang.Ini tidak bermaksud saya tidak memperjuangkan hak mahasiswa tetapi saya melaksanakannya dari sudut yang berlainan.Kepimpinan kali ini saya lihat akan dapat mengubah situasi dan memberi satu perubahan dalam pemikiran UTP.InsyaAllah.

Satu yang saya harapkan dari semua mahasiswa UTP,anda menyuarakan pandangan dan idea yang bernas dan kepimpinan kali ini berharap anda dapat memberi sokongan kepada kami dalam setiap pelaksanaan yang kami lakukan.

Wallahualam.

Sunday, October 3, 2010

Malam Pengenalan Calon Pilihan Raya Kampus 2010

Bismillah...

Semalam pada tanggal 2 Oktober 2010 telah diadakan Malam Pengenalan Calon Pilihan Raya Kampus. Di sini para calon memperkenalkan diri serba sedikit beserta dengan manifesto yang dikatakan hanya janji kosong.Ingin saya Tegaskan di sini bahawa manifesto bukan sekadar janji kosong jika saya diberikan peluang dalam kepimpinan pada tahun hadapan.

Serba sedikit tentang manifesto saya yang telah dibacakan semalam:


"Enhancing the Quality" is my vision if i'm be selested as MPPUTP 2010/2011. In order to achieve the vision,I have already divided it into three main aspect:

1. Learning Facilities: to improve the equipment and the facilities qualities in the UTP which can result in the quality of learning culture.

2. Students' Achievement: I would like to encourage the student to always eager to learn new things besides what are in the syllabus in order to prepare ourselves in the complex world situations nowadays. Increase the awareness of the student about their surrounding which are current issues inside or outside of UTP. The target that I can make the UTP students as the best graduate in Malaysia and worldwide.

3. Events: I really want to see the integration between races and between local and international students. We in UTP has a lot of events which have reach to 300 events in this semester.Can you all imagine how around 6000 students manage to organize such a big number of event in about 14 weeks? For me it is good but it not so advisable because if we have to many events,we cannot focused on the quality of that events.So,we can see by ourselves,what happen to all of these events.So I would like to take initiative to improve the quality of our events so that everybody can get benefits with the conducted events.

Apa yang telah saya tulis di atas adalah serba sedikit tentang manifesto saya yang akan saya usahakan dengan pengalaman yang telah saya timba agar menjadi kenyataan dengan bantuan semua pihak. Jika semalam saya punya tidak cukup masa menyatakan semua perancangan saya,mungkin di sini anda dapat lihat sendiri apa yang bakal menjadi panduan dalam saya memimpin di masa hadapan...InsyaAllah..

Akhir kata, Perdana Menteri tunggak kepimpinan negara, Mahasiswa tunggak kepimpinan Dunia. Mari sama-sama kita pupuk budaya masyarakat yang gemilang,berkualiti dan berdaya saing sejak dari dalam kampus agar kita dapat menjadi pemimpin-pemimpin yang bakal mencorak negara dan dunia di masa hadapan...

Allahualam...

Friday, October 1, 2010

Pra-PRK 2010/2011

Bismillah...


Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti tajuk yang telah tertera iaitu berkenaan dengan PilihanRaya Kampus bagi sesi 2010/2011 telah bermula dengan Proses penamaan calon pada 29 September yang lalu.Seramai 7 orang calon akan bertanding dalam kerusi UMUM dan untuk kerusi PROGRAM tiada pemilihan kerana bilangan calon yang tidak mencukupi. Jadi di sini bermulalah satu era bagi diri ini dalam satu bidang yang mungkin agak baru bagi saya iaitu bidang politik.Saya, Muhammad Fitri bin Jamil adalah salah seorang calon yang akan bertanding dalam PRK 2010.

Di sini saya ingin mengajak sahabat kampus dalam membuat pilihan yang bijak dalam pemilihan pemimpin anda. Para pemimpin ini yang akan memacu perjalanan para pelajar dalam kampus. Pemimpin yang adil,kreatif, baik dan mempunyai visi untuk membawa universiti ke arah sebuah universiti yang mempunyai pelajar yang berkebolehan (well-rounded) perlu dipilih.
Saya yakin para sahabat dapat melaksanakan tanggungjawab anda semua untuk membuat keputusan dan kami yang bertanding akan melaksanakan apa yang termampu dan sehabis baik agar suasana politik kampus dapat dipupuk dan kesedaran tentang pentingnya politik dalam membentuk satu tamadun itu hadir dalam diri setiap mahasiswa di kampus Universiti Teknologi PETRONAS.

Akhir kata, Kepimpinan yang berkesan membawa kepada sebuah ketamadunan yang mantap.Jadi inilah masanya untuk anda sendiri menentukan para pemimpin anda dan anda mempunyai kuasa memilih,pilihlah pemimpin yang sesuai dan dapat mencorakkan nilai sebuah tamadun yang hebat dalam kampus kita. Untuk menilai kebaikan kepimpinan,hadirlah mendengar manifesto yang bakal dibentangkan pada hari SABTU (2/Oktober 2010) bertempat di Dewan Canselor UTP pada pukul 8.00 malam...

'Selamat Mengundi Kepada Semua Warga Kampus UTP'

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Satu Tarbiyah Jiwa dan Fizikal

Bismillah…

Di kesempatan pagi yang tenang ini, tetapi hati ini masih me mberontak, mungkin tiada siapa yang mendengarku. Masalah bukan lagi satu halangan tetapi suatu kekuatan yang memintaku bangun semula tetapi adakah aku berdaya bangun semu la?Masih adakah kekuatan itu untuk aku teruskan apa yang telah ku rancang dalam hidupku. Masalah hati, masalah gerak kerja, masalah perhubungan melanda diri tidak henti-henti namun aku biarkan sahaja diri ini berusaha menghadapinya. Tidakku mahu menyusahkan sesiapa di sekelilingku.Biar mereka gembira bersama ku,biar mereka tahu aku sentiasa gembira, biar segala duka ditanggung sendiri.



Ramadhan menjelma dengan seribu satu kelebihan. Di awalnya rahmat, ditengahnya pengampunan dan di akhirnya adalah pembebasan dari api neraka. Moga semua memperoleh kelebihan dari bulan ramadhan yang mulia ini. Memang benar di awalnya rahmat. Pelbagai pengajaran ditunjukkan kepadaku dalam hanya baru 6 hari berpuasa. Pertamanya, berlaku satu peristiwa yang benar- benar merunsingkan aku sehingga aku menyendiri seorang diri beberapa hari. Hadir pengajaran atau mungkin petunjuk darinya agar aku berhenti dari menyendiri daripada sahabat iaitu peristiwa musibah-musibah yang melanda sahabat-sahabat. Aku berfikir sejenak, jika apa yang mereka lalui itu berlaku padaku masih adakah orang yang mengambil berat tentangku.Jika keluarga memang jawapannya adalah ya tapi aku jauh di perantauan.Siapa yang paling dekat denganku?jawapannya sahabat.


Peristiwa kedua telah aku risaukan begitu lama.ini kerana aku sudah tidak pulang ke rumah sejak bulan 5 tahun ini.Bagaimana keadaan keluargaku, Adakah mereka memaafkan aku kerna tidak pulang ke rumah?Aku tiada jawapan bagi semua soalan itu. Ini yang membuat aku sedih kerana seorang ayah kepada sahabatku meninggal dunia secara mengejut beberapa hari sebelum ramadhan tetapi dia masih berkesempatan berjumpa dengan ayahnya beberapa hari sebelum itu tetapi aku bagaimana?Sudah bersediakah aku? Hanya doa ku panjatkan agar aku berkesempatan untuk pulang walaupun sekejap.


Peristiwa ketiga yang membuatkan aku tidak dapat berkata-kata dan terharu.Peristiwa ini berlaku 2 hari yang lalu. Ketika aku selesai solat terawih 12 rakaat, aku terasa ingin membaca kitab-kitab yang tersusun di raks di masjid.Khusyuk membaca beberapa helai sambil memerhati beberapa orang kanak-kanak yang ceria bermain. Ketika sedang asyik membaca dating seorang kanak-kanak dari kalangan yang sedang bermain tadi mencapai senaskah Al-Quran dan membacanya.Terkedu aku seketika kerana budak itu menghafaz sambil mencari surah yang sedang dibacanya.Dengan lancar sekali bacaannya.Aku sangka dia adalah kanak-kanak dari luar Negara.Jadi setelah dia membaca satu surah(tak pasti surah apa kerana pada awlnya aku x memerhatikan bacaannya), aku memanggil dia.Namanya Ahmad bersekolah di SK Seri Tronoh. Aku berborak dengan dia.Baru darjah dua dah dilatih menghafaz Al-Quran.Memang ia bukan suatu yang agak pelik tetapi aku terharu kerana masih ada keluarga yang sebegini.Sungguh susah mencari keluarga terutama kanak-kanak yang sentiasa dekat dengan Al-Quran. Di sini, aku tidak terkata-kata kerana terimbau kembali zaman ku berada pada usianya. Sedih pun ada,Suka pun ada tetapi amibil pengajaran dari ini,Jika kanak-kanak boleh melazimi dan menghafaz Al-Quran takkan kita yang sudah dewasa ini tidak mampu


Baiklah,rasanya sekadar ini perkongsiannya.Banyak lagi peristiwa yang berlaku namun aku rasakan ini yang paling banyak member pengajaran padaku. Semoga ia bermanfaat pada semua yang membacanya. Bersama kita berebut dalam memperoleh kelebihan di bulan Ramadhan ini.InsyaAllah,ingatlah mungkin in adalah Ramdhan terakhir kita,jadi lakukan yang terbaik untuk mengisinya.Jangan biarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja.



Sekian,Wassalam…

Wednesday, July 7, 2010

Lahirkan Ramai Usahawan Siswazah

Oleh ANUAR AHMAD

Bulan lalu ketika penulis berada di kota London, media massa negara tersebut melaporkan Universiti College London (UCL) telah dinobatkan sebagai universiti yang paling tinggi kadar kebolehpasaran pelajar di United Kingdom.

Kadar mula bekerja pelajar UCL selepas enam bulan pertama menamatkan pengajian ialah 94 peratus diikuti dengan Universiti Oxford (92 peratus) dan Universiti Cambridge (91 peratus).

Menariknya, di media British juga pada hari yang sama melaporkan kerisauan dan komen oleh CEO British Telecom dan Pengerusi Tesco berkaitan sistem pendidikan tinggi England yang gagal melahirkan lebih ramai usahawan muda di kalangan pelajar universiti.

Antara yang disentuh dua tokoh ini ialah perlunya konsep keusahawanan diberikan penekanan dalam sistem pendidikan tinggi agar pelajar pusat pengajian tinggi bersedia untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan selari dengan keperluan pasaran dan perancangan negara.

Ironi juga bila sebuah negara maju yang memiliki antara universiti terbaik di dunia masih tidak berpuas hati dengan tahap kualiti pendidikan tinggi mereka. Semangat daya saing yang tinggi jelas tergambar melalui komen dua tokoh perniagaan tersebut.

Dilaporkan untuk tahun 2009, United Kingdom berada di kedudukan kelapan dan terakhir dari segi kualiti hidup di kalangan negara di Eropah. Oleh kerana pendidikan tinggi adalah asas kepada peningkatan kualiti hidup, tidak sukar untuk difahami mengapa isu ini diketengahkan oleh media negara tersebut.

Kualiti hidup di Perancis dan Sepanyol berada di tempat pertama dan kedua terbaik di kalangan negara di Eropah.

Kita perlu melihat situasi ini sebagai isyarat untuk segera bertungkus-lumus meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara. Malaysia sebagai antara negara yang paling berjaya di kalangan negara membangun sedang berhadapan dengan persaingan yang sengit khususnya daripada Singapura, Vietnam dan negara-negara di Asia Barat. Tidak terkecuali China dan negara-negara bekas Kesatuan Soviet yang semakin berjaya membuka pasaran mereka.

Pembukaan pasaran bermaksud persaingan akan menjadi lebih hebat. Kehendak dan keperluan majikan terhadap sektor pekerjaan menjadi semakin sengit. Jika mengeluarkan barangan, tuntutan kualiti pengeluaran serta penguasaan teknologi menjadi semakin tinggi. Pasaran baru ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada para graduan negara ini.

Malangnya tahap pengangguran mahasiswa di negara ini masih tinggi. Setakat ini tiada laporan rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan berkaitan kadar pengangguran mahasiswa. Laporan media sekadar menganggarkan sekitar lebih lima puluh ribu mahasiswa masih menganggur selepas tamat pengajian mereka. Makna pengangguran menjurus kepada kumpulan mahasiswa yang tiada pekerjaan yang tetap.

Mungkin ini bukan masalah pihak universiti kerana telah melengkapkan tanggungjawabnya apabila seseorang mahasiswa menamatkan pengajian mereka. Tinggal lagi apabila mahasiswa keluaran IPT gagal mempunyai pekerjaan tetap, pihak universiti perlu juga melihat secara serius program pengajian yang ditawarkan.

Seolah-olah ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian seperti gagal dimanfaatkan oleh mahasiswa untuk memasuki alam pekerjaan. Sama ada ilmu pengajian itu sendiri yang tiada nilai untuk kerjaya atau mahasiswa itu sendiri yang dihasilkan tidak cukup kompetitif, kita masih boleh sahaja mendebatnya.

Apa yang pasti dan perlu segera dilaksanakan oleh pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi ialah bertindak membuka ruang yang lebih kepada mahasiswa. Satu ketika dulu, Kementerian Pengajian Tinggi begitu bersungguh menguar-uarkan program kemahiran insaniah, kompetensi generik atau nama lain yang lebih sinonim ialah soft skills.

Malangnya usaha ini nampaknya semakin tenggelam di IPTA tempatan. Tujuan soft skills ini diterapkan kepada pelajar agar nilai kebolehpasaran atau kebolehdapatan pekerjaan menjadi lebih tinggi di kalangan mahasiswa IPT. Soalnya selepas program ini dilaksanakan pun kadar kebolehpasaran masih dibelenggu dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat.

Oleh itu, pihak KPT perlu menilai semula dan mula menggerakkan secara serius dan besar-besaran kemahiran dan pendidikan keusahawanan di pusat pengajian tinggi.

Kalau kita bertanya kepada pelajar IPTA apa yang mereka faham tentang konsep dan idea keusahawanan, rata-rata akan memberikan jawapan yang agak ketinggalan. Mereka memahami keusahawanan sebagai aktiviti menjalankan perniagaan. Maka tidak hairanlah apabila persatuan pelajar menjalankan perniagaan secara kecilan untuk memenuhi maksud dan tujuan keusahawanan tersebut.

Mereka biasanya menjalankan perniagaan seperti menjadi ejen perkhidmatan tambah nilai prabayar telefon bimbit, penjualan cenderahati, menjalankan program motivasi di sekolah, berniaga semasa hari keluarga kolej kediaman atau semasa pesta konvokesyen universiti.

Jika yang lebih berminat untuk berniaga, ada yang menjadi orang tengah untuk membuat t-shirt program untuk rakan-rakan kampus. Itulah sifat atau bentuk keusahawanan yang ada di IPTA sekarang. Semua pelajar nampaknya memahami itulah aktiviti keusahawanan. Pada mereka ilmu keusahawanan adalah perniagaan jual beli barang atau perkhidmatan. Tidak lebih daripada itu.

Sebenarnya pelajar (juga pegawai Hal Ehwal Pelajar dan pensyarah) perlu memahami konsep keusahawanan yang lebih besar daripada itu. Jika kita meneliti lebih mendalam konsep ilmu keusahawanan di IPT, sepatutnya bermula dengan gabungan dua komponen utama iaitu kandungan pengajian dan kemahiran keusahawanan.

Sebagai contoh seorang pelajar yang belajar di dalam jurusan sejarah di universiti seharusnya mempunyai kandungan (pengajian sejarah) dan juga kemahiran keusahawanan untuk mencipta pasaran berkaitan bidang pengajiannya.

Penulis masih ingat kata-kata Mary Anne, (21 tahun) seorang siswi tahun dua pengajian Seni di Universiti College London semasa kami berbual. Antara komen beliau; "saya rasa sudah tidak masuk akal lagi untuk pihak universiti hanya menawarkan kursus pengajian tetapi tidak pula memberikan kemahiran kepada kami bagaimana untuk 'menjual' kepakaran kami selepas tamat pengajian." Saya setuju dengan pandangan beliau terutamanya dalam suasana pasaran kerja sekarang yang agak perlahan.

Universiti seharusnya perlu menggabungkan kandungan pengajian dengan kemahiran keusahawanan pada semua pelajar secara bersepadu. Bayangkan, alangkah baik jika seorang pelajar yang belajar berkaitan seni seperti teater, tarian atau muzik akhirnya akan menjadi usahawan seni. Mereka berupaya membuka galeri seni dan juga kelas seni secara tetap.

Begitu juga dengan seorang pelajar di dalam bidang geografi atau geologi, akhirnya boleh menjadi usahawan pelancongan, menjalankan perkhidmatan berkaitan alam sekitar dan sebagainya. Sepatutnya semua kursus bukan kritikal (seperti perubatan) yang ditawarkan di IPTA perlu mempunyai komponen kemahiran keusahawanan sekurang-kurang satu pertiga daripada keseluruhan silibus kursus pengajian tersebut.

Amalan sekarang ialah pihak pengurusan IPTA menerapkan kemahiran keusahawanan secara ad hoc atau atas pilihan pelajar. Pelajar akan mendaftar untuk menjadi ahli kepada kelab-kelab usahawan di bawah HEP sama ada yang dibiayai oleh pihak universiti atau kementerian dan pihak korporat.

Maka ada beberapa program seperti Techno- Entrepreneur, Program Prosper dan Usahawan Muda yang dijalankan di beberapa buah IPTA. Program ini sifatnya tidak menyeluruh, biasanya dimonopoli oleh kumpulan pelajar yang mengkhusus dalam pengajian ekonomi dan pengurusan perniagaan. Bagaimana pula dengan nasib pelajar di aliran sains sosial, pengajian Islam dan sains tulen. Mereka inilah yang sebenarnya lebih memerlukan kemahiran usahawan berbanding dengan kumpulan pelajar yang pertama.

Kemahiran asas keusahawanan yang ingin dibangunkan kepada mahasiswa perlu memenuhi konsep 3C iaitu Competitiveness, Creativity dan Communication. Semasa berada di Universiti Oxford, penulis perhatikan pelajar akan memperoleh kemahiran ini bukan melalui program ko-kurikulum tetapi dalam kursus pengajian mereka.

Melalui konsep tutorial perorangan secara mingguan (ini adalah keistimewaan Universiti Oxford dan Universiti Cambridge kerana masih mengekalkan amalan tutorial seorang pensyarah dengan seorang pelajar) pelajar dididik tentang budaya Competitiveness, Creativity dan Communication ini. Di sana idea tentang keusahawanan bukan berkaitan hanya ilmu jual beli barangan sahaja tetapi yang jauh lebih penting ialah membina budaya 3C sejak tahun pertama hinggalah tamat pengajian bersepadu di dalam kursus.

Sudah sampai masanya kurikulum kursus bukan kritikal IPTA disepadukan dengan ilmu keusahawanan. Pengajaran dan pembelajaran di dalam dewan kuliah juga perlu memasukkan komponen perkembangan serta isu semasa berkaitan pasaran yang berkaitan bidang pengajian. Ilmu yang diperoleh di dalam dewan kuliah tidak lagi boleh bersifat statik dan diulang-ulang pada setiap sesi pengajian.

Penulis ialah Timbalan Pengarah (Akademik Kolej), Pusat Pembangunan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Utusan Malaysia, 26 Nov 2009

Tuesday, May 18, 2010

Belajar dari Semut...

Bismillah...

Lama jg x menulis dalam blog....hehehe...maklum la dh final exam...masa ber'blogging' perlu dikurangkan...

Baiklah...nak cerita skit pengalaman waktu exam ni.Tekanan melanda tp semester ni adalah ujian untuk aku.Teruji sgt2 sbb belajar last minute.Sblm ni prnh stdy last minute tp x la 2 hr sblm final br start study...huhuhu...xpe...amik pengajaran...Dalam tengah melayan emosi dan memikirkan balik nasib diri, aku melawat blog ust Pahrol sbb aku tau mesti ada cerita yang blh mengubat hati ini... dan kisah yg aku tertarik adalah belajar tawakkal daripada semut... kisahnya begini...

BELAJAR TAWAKKAL DRPD SANG SEMUT

Teringat pula cerita yg aku baca semalam dlm Buku tulisan Ustz Pahrol, Di mana DIA dihatiku? BELAJARLAH TAWAKAL DARIPADA SEMUT,cukup tertarik dgn cerita ni, teringin sgt dikongsi bersama,semoga memberi manfaat,

Kisahnya tentang komunikasi antara seekor semut dgn Nabi Sulaiman...
Suatu hari, Nabi Sulaiman bertanya kpd seekor semut tentang berapa byk mknn yg diperlukan untuk hidup dlm setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan mknn sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut dlm sebuah botol dgn diletakkan gula sebesar sebutir gandum, kemudian mulut botol ditutup.

Cukup setahun, mulut botol dibuka, anehnya baginda dapati hanya separuh drpd sebiji butir gandum itu yg habis dimakan oleh semut.Nabi Sulaiman bertanya,mengapa begitu jadinya, sedangkan semut pernah cakap yg dia perlukan sebiji gandum untk setahun.

Dengar ya penjelasan sang semut,"jika di luar botol rezekiku dijamin sepenuhnya oleh Allah dan aku yakin ALLAH pasti akan mencukupkan rezekiku.Oleh itu aku xperlu risau. Tapi,bila dikurung manusia(Nabi Sulaiman), aku ambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat krn xyakin dgn sifat prihatin manusia.Mana tahu kalau2 manusia terlupa lalu die terkurung lebih dari setahun?Apa yg akan jd padaku?

SO, moral of de story, belajarlah sifat tawakkal dan ihktiar dari semut,Bergantunglah hanya pada ALLAH dlm soal rezeki,jgn sekali-kali bergantung pd sesama makhluk.Allah jualah yg berhak menahan juga menurunkan rezeki kpd hambaNya.Contoh keadaan yg diberi dlm buku ini,kalau ada pihak yg kata, saya jamin, bekalan makanan dan simpanan minyak petrol utk sekian tahun,jgn terlalu yakin..kita tidak berhak utk mentadbir masa akan datang, itu semua ketentuan ALLAH,bertawakallah hanya kpd Allah dan ikhtiar dengan kudrat yg diberi..
 
Lps hbs ja baca post ni,aku termasuk satu blog yg komen dlm post ni...ada jg cite psl semut...
Semut ni bila jmp makanan x pernah amik sorg2...mesti dia panggil geng dia skali.Semut x penting diri sendiri. Jadi dia panggil kawan2 dia utk makan skali dgn dia...pastu satu lagi,semut ni bila jumpa mesti berlaga kepala. Kata penulis blog 2,semut ni bg salam.Logik jg, sbb itu cara semut berkomunikasi...

Kita refleks kembali kehidupan manusia skrg...Hidup dah macam dalam gua.Nak duduk sorg2.Nak kaya sorg2.Nak makan pun sorg2 bila duit byk la...Sedekah kpd org memerlukan xtau la bt ke x...tp itu la kita kena tgk semula.Betapa lemahnya masyarakat Islam zaman ini.Sesama sendiri pun blh bergaduh.Tiada langsung sifat toleransi, sifat bekerjasama dan sifat tolong menolong.Mana pergi semua sifat mahmudah ini aku pun x tau.Ni la kesan pengaruh budaya yang kita x tau puncanya tp ada di sekeliling kita...Sedarlah wahai sahabat yang kita diduga dengan pelbagai cabaran...Amiklah pengajaran dari semut dan kita amalkan.Moga satu ummah yang gemilang akan muncul mematahkan semua pihak yang sentiasa menindas...

Wallahualam...

Friday, April 23, 2010

Usah Bersedih

Bismillah....

Beberapa hari ini sejak dari pulang dari program Soul Development Camp yang diadakan di Lenggong,pelbagai keluhan dan kesusahan yang dialami oleh diriku dan juga rakan.Jika sehari tiada keluhan di status Gtalk tidak sah.Namun ku berfikir seketika kepada siapa keluhan ini dituju.Kpd manusia?Kpd masa?kpd kerja2 yang masih bertimbun?dari mana semua itu datang? Daripada-NYA kan? Tidakkah ini bermakna kita mengeluh kepada-NYA. DIA menguji kita dengan kemampuan kita.Tidak perlu kita mengeluh.Kita perlu redha dengan apa yang kita dapat. Sedarlah bahawa ujian itu adalah tanda DIA sayangkan kita.

Baiklah, di sini dengan ilmu yang tidak seberapa,saya menghuraikan serba sedikit cara menghadapi stress dan ujian dengan redha.
  1. Ingatlah bahawa ujian itu datang daripada-NYA.
  2. Ceritakan kepada kekawan yang boleh kita percayai.
  3. Hadapi segala ujian dengan teratur.
  4. Selesaikan satu per satu masalah yang ada.
  5. Dapatkan ketenangan daripada-NYA.
  6. Dekati alam sekeliling agar anda dikurniakan ketenangan daripada-NYA.
  7. Bermuhasabah diri.
Inilah serba sedikit yang saya blh kongsikan sbb nak bersiap g kelas...hehehe...moga dengan sedikit pesanan ini kita dapat tempuhi hidup ini dengan senyuman dan kegembiraan. Senyuman yang paling manis dan bermakna adalah senyuman pabila dalam kesusahan.

Selamat beramal....

Thursday, April 15, 2010

Transformation

For today topic,I came across with the word tranformation,Idea for The Inspirer UTP new issue.

First and foremost, before further discussion we have to know about the meaning of the word transformation.Below is the definition for the word.

(1) : the operation of changing (as by rotation or mapping) one configuration or expression into another in accordance with a mathematical rule; especially : a change of variables or coordinates in which a function of new variables or coordinates is substituted for each original variable or coordinate (2) : the formula that effects a transformation b : function 5a c : an operation that converts (as by insertion, deletion, or permutation) one grammatical string (as a sentence) into another; also : a formal statement of such an operation.

http://www.merriam-webster.com/dictionary/transformation

From the definition, we can know that the transformation is a kind of changes that have been made either to the beneficial contribution or become worst.But here,the discussion will be focus on the changes in paradigm. Actually,people have live in the comfort zone in a long time until we fell that there is no important for everybody to made changes.So that there are no improvement happen and because of that the people cannot have new invention and influence others to follow the changes in the world and make use being left about 30 to 50 years late.Think about that again, we want to invent new hydrogen technology but that technologies have been made a research by other scientist in other country.Isn't that really sad for us.

Shift our paradigm,we can be like them but we have to think far and not just talk but work with it.Our people have a lot of ideas but because of the constraint about money and tachnologies that we have,most of us give up with their ideas. Actually the constraint is not the big problem if we want to make it become a reality.We can see that a people only made solar car by himself without using any high tech machines.Why they can made it? Because they not thinking the technology is the constraint but they think that their idea must be prove.So they have spirit to face any of the challenge come. We look back into the time of Khalifah Uthmaniyah.Why they can be the greatest empayar of Islam and in the world?Because they not see that different language between Yunani and Rom as a constraint but as a benefit and challenge for them to become a greatest ummah.They translate the knowledge into their language and now their knowledge become a main reference for every scientist in the world eventhough their name is not stated but they are the man who make people realize the important of knowledge.

So,here is not the time for us to be in the comfort zone anymore but now is the time for us to arise, plan for the future.Come back to the Creator and believe in ourselves that we can be the greatest ummah who contribute in the transformation of mindset and technologies in the world.

Ku Terima Takdirnya

Bismillah...

Pagi ini saya diberikan kekuatan untuk meneruskan segala usaha yang telah dibuat.Pabila meneliti dan menyusuri laman sesawang yang disediakan oleh pihak universiti,saya begitu gembira dan ada juga sedihnya...Kenapa saya gembira???Tunggu di perenggan seterusnya...hehehe...di hening pagi ini,diriku berasa serba salah.tak tahu apa perasaan yang sepatutnya diluahkan akan tetapi terima kasih kepada sesiapa yang terlibat....

Dahulunya,ketika ku menjejakkan kaki di bumi UTP ini,diri ini adalah insan yang tidak punya apa2.bagai tiada nilai di sisi masyarakat kerana tidak mengenali manusia sekeliling.Yang ku ada hanyalah pemikiran dan berserah kepada-NYA untuk memandu saya dalam perjalanan.Dengan idea yang dikurniakan oleh-NYA,diri ini meneruskan perjalanan dan liku kehidupan di dunia baru.Pabila ku menyertai pelbagai program yang dijalankan walaupun baru umur setahun jagung di bumi UTP,ia telah membuahkan banyak buah fikiran yang hanya diri ini yang tahu.Maka timbullah suara2 sumbang mengatakan aku gila program...dalam hati ini bermonolog "lantak korg ar nak cakap apa janji aku dapat sampaikan apa yang aku nak". Setelah hampir 2 tahun bergelut dalam arena program ini aku dapat melihat serba sedikit hasilnya.

Di sini aku begitu gembira kerana banyak idea aku digunakan dan direalisasikan dalam universiti ini akan tetapi aku agak sedih kerana bukan kudratku sendiri yang menguruskan segala idea tersebut  kerana diri ini hamba yang lemah.Diri ini kerdil dan hanya tidak berdaya untuk menguruskan segalanya.Aku berterima kasih kepada sesiapa yang merealisasikan segala idea yang aku berikan secara langsung atau tidak langsung.mmg dalam hati ini juga berbisik "kenapa aku tidak melakukan semua ini".Jawapannya mudah.aku tiada daya merealisasikannya....Hanya DIA yang tahu perasaan ini.

Terima kasih kepada yang membantu pelajar lain dengan menyebarkan kertas final paper,terima kasih kepada yang menjalankan aktiviti yang melibatkan alam sekitar dan terima kasih kepada sesiapa yang masih memperjuangkan kemaslahatan agama,bangsa dan negara juga alam sekitar.

Seorang pemimpin tidak memikirkan kepentingan peribadinya sendiri akan tetapi mementingkan keperluan para ahli pimpinannya...

Monday, April 12, 2010

Dunia Perniagaan

Bismillah...


Hurm...tajuk hari ini.Apa yang dimaksudkan dengan perniagaan?Perniagaan adalah proses jual beli barang. Kalau dilihat dai segi luaran,perniagaan adalah suatu urusniaga yang bertujuan untuk memperoleh keuntungan dan juga mengembangkan penjualan di serata tempat. Akan tetapi, jika kita ingin berjaya,kita perlu memikirkan lebih jauh dan kreatif.Ini adalah pemikiran sebagai usahawan.Kita tidak boleh hanya berada dan berharap dengan keuntungan dan produk yang sama.Kita perlu berfikiran lebih kreatif bagi mengikut situasi dan keperluan semasa.Kita perlu memikirkan perjalanan perniagaan dalam jangka masa yang panjang.Bukan keuntungan masa pendek dan terhad.

Di sini saya ingin mempromosikan sedikit tentang hal perniagaan Islam. HPA adalah salah satu syarikat yang mengeluarkan produk yang halal. Jadi dengan perlaksanaan perniagaan ini,saya perlu lebih kreatif untuk menerobos sempadan minda para pelajar terutamanya dan juga belia untuk sedar bahawa kita perlu mencari makanan yang halal dan jauh dari syubhah(was-was).

Di sekitar kita terdapat pelbagai makanan yang tidak di yakini kehalalannya akan tetapi HPA telah menyediakan alternatif kepada para pengguna untuk menggantikan segala barang yg syubhah dengan yang diyakini halal. Ini adalah salah satu langkah untuk mewujudkan ummah yang terbilang.Setiap apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita.Jika banyak makanan yang dimakan tidak diyakini kehalalannya maka segalanya akan menjadi darah daging kita dan ini sekali gus menyebabkan kita susah untuk menerima ilmu dan juga rezeki.

Oleh itu kita perlu berusaha dalam mencari makanan yang halal dan memberikan alternatif kepada para pengguna untuk mendapatkan bahan makanan yang halal.Oleh itu,HPA adalah salah satu alternatif yang terbaik untuk diperkembangkan.Jika anda berminat menjadi pengedar atau berminat untuk mempromosikan produk ini dalam komuniti anda boleh menghubungi saya di talian tertera...0194306456...

Kegagalan permulaan Kejayaan...

Bismillah...

Di hebing pagi ini,dalam suasana yang indah dan damai,diri ini merasa begitu tiada perasaan untuk belajar...adakah ku gagal? adakah aku terlalu memikirkan hal lain? hurm...diri ini tidak punya jawapan.Yang ku tau hanyalah diri ini tiada perasaan untuk belajar...

Akan tetapi,kita tidak boleh selama2nya berkata kita tiada perasaan dah nak belajar kerana di dunia yang penuh mencabar ini,hanya ilmu yang boleh mengangkat kita. Jika kita ketinggalan maka kita akan terus tertinggal jauh ke belakang. Kita perlukan ilmu dalam apa jua liku2 kehidupan agar kita tidak tersadung dan tersungkur.

Kata orang kita perlu berani untuk gagal jika kita ingin berjaya.Memang ada buktinya seperti thomas edison yang mencipta mentol.Setelah beribu2 kali mencuba akhirnya beliau berjaya.Apa kata beliau?"Saya tidak menganggap kegagalan saya itu adalah gagal tetapi saya belajar ilmu baru setiap kali saya gagal".Kita lihat betapa positifnya pemikiran beliau sehingga kita boleh hidup tanpa gelap gelita di malam hari.

Ramai orang tidak berani mencuba sesuatu yang baru kerana takut akan kegagalan tetapi ada juga yang beralah pabila kegagalan mendatang. Sikap seperti ini perlu dibuang dan perlu diganti dengan sikap optimis yang sentiasa tidak putus asa dengan usaha yang dilakukan dan yang penting berserah kepada-NYA didalam setiap usaha yang dilakukan.

InsyaAllah,dengan sedikit perkongsian di sini dapat meningkatkan sikap positif dalam diri masing-masing dan kita menjadi umat terbaik di muka bumi ini...

Thursday, April 8, 2010

Kelemahan Diri

Bismillah...

Terasa diri ini sangat teruk kerana apa yang dilakukan semua tak menjadi.Mungkin ini ketentuan-Nya tetapi mungkin inilah balasan kepaa diri ini yang leka dan alpa dengan permainan dunia sehingga aku mengabaikan perkara-perkara penting dalam hidupku.Wahai sahabatku,maafkan diri ini jika ada ku kasari dirimu dalam tidak kesedaranku. Wahai rakan,maafkan aku jika aku tersalah dan menyusahkan dalam gerak kerja ku. Wahai hati, aku terabai kamu sehingga aku melebihkan akal dalam setiap langkahku.

Penyesalan ini mungkin sudah terlambat dan mungkin tiada kemaafan untuk semua ini tapi ku hanya berharap agar semuanya dimaafkan oleh sahabat2ku. Hati ini sedih melihat jasad terkontang-kanting melakukan kerja dunia,mengabaikan ibadah akhirat. Apa yang nak jadi dengan diri ini.Sungguh hina kurasakan diri ini.Ya Allah,hanya pengampunan dari Mu aku berharapa. Pertolongan dari Mu aku dambakan. Peringatan dari Mu aku perlukan jika aku terleka. Moga kau dampingi diri ini dengan orang2 yang sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...

Penyesalan tiada gunanya tetapi taubat yang ku pinta. Langkah perubahan yang aku ambil. Pandulah aku dalam jalan RedhaMu, Ya ALLAH...

Ameen...

Tuesday, April 6, 2010

DIA, Aku dan Kawan2...

Bismillah...

Sekadar celoteh yg hadir dalam hati,berperang dgn akal yang rasional dan hati yang beriman...insyaAllah...kekuatan hati itu lebih membantu memajukan diri dan akal mengutuhkan lagi mutu yang telah ada.Hati kecil berkata adakah diri ini cukup berusaha mendekati DIA. Akal yang rasional mengatakan ya tetapi hati yang beriman masih belum kuat mengiyakannya.Jadi,adakah akal berkata benar atau hati yang lebih membenarkan.Jawapannya ada dalam hati ini.Jika kita berkata sudah cukup maka cukuplah.Kita akan berhenti berusaha merapatinya dan jika kita kata tidak cukup maka  kita akan usaha bagai kita akan mati pada esoknya.

Pabila berkata begini,diri ini berasa begitu kerdil kerana diri ini tidak ada usaha utk mendekatinya mungkin kerana tiada masa tapi masa tidak boleh dipersalahkan tetapi diri ini perlu dipersalahkan.Semua insan diberi masa yang sama.Jika insan lain boleh mendapatkan kesempatan untuk mendekati-NYA, kenapa diri ini masih mempersalahkan masa, sepatutnya diri ini menyalahkan diri sendiri kerana diri sendiri yang lebih tahu apa yang difikirkan dan apa yang dipertanggungjawabkan dalam hidup seharian.Tapi diri ini alpa, Alpa dengan dunia, alpa dengan hiburan,alpa dengan wanita,alpa dengan harta,alpa dengan kawan-kawan,alpa dengan urusan dunia yang kebanyakannya lagha,tidak membawa kepada kemaslahatan di akhirat sana.Apa guna diri ini yang telah hidup selama genap 20 tahun hanya lagi beberapa hari sahaja lagi.Mungkin hanya sia-sia sahaja amalan sebelum ini tapi diri ini perlu ingat itu adalah urusan-NYA.Yang penting sekarang diri ini ada inisiatif untuk melakukan perubahan kerana perubahan itu adalah langkah pertama yang menentukan kebaikan dan wasilah dia masa hadapan.

InsyaAllah dengan langkah pertama ini,momentum perubahan itu akan terus melonjak dan mempengaruhi sekeliling untuk melakukan perkara yang sama ke arah mewujudkan satu ummah yang utuh lagi mapan dan dapat merempuh benteng kemanusiaan yang telah lama berdiri tegak di setiap negara.Kita runtuhkan bentang individualisme dan kita wujudkan generasi kolektif yang sentiasa memperbaiki dan membantu orang lain untuk maju bukan meruntuhkan orang yang sedang meningkat maju...

InsyaAllah, semoga harapan mewujudkan dunia Islam akan mencapai sasarannya dalam masa yang terdekat jika semua insan2 kerdil ini mengorak langkah membina diri dan mendekatkan diri kepada-NYA kerana kita yakin bahawa orang yang sentiasa dekat dengan-NYA, DIA akan sentiasa membantu dalam kebaikan yang dibuat...

TAKBIR!!! Allahuakbar....

Saturday, April 3, 2010

Adakah aku x pandai??

Salam...
Hari ini aku malas nak pikir saintifik.nak sempoi plak.Dh letih pikir seharian.Dari pagi tadi sehingga kire2 pukul 5 tadi aku berlari ke seluruh pelusuk daerah UTP untuk menyiapkan kerja yg tertangguh.Letih gak ar sbb saje nak bersenam skit.Naik basikal g bt keje. (Cari penat..hehehe). Oklah,lepas pukul 5 berlari dlm hujan nak blk bilik cepat sbb ada bnd tertangguh lg.Sambil2 rehat selepas bermain hujan ada la masa rehat kejap lepas sembahyang Asar.Malam ada lepak2 dgn geng...hehehe.
Sambil2 rehat 2 aku terpikir satu benda yg memang aku selalu pikir."Aku ni mmg x layak nak dpt 4.00 dlm stdy ke???"Dari MRSM dulu lg aku pikir sbb x pernah jejak nombor 2 pabila keputusan keluar.Jadi bermulalah perjalanan berangan aku.Dengan memasang lagu yang rock kapak,aku memikir semula.Mmg aku ni x layak pun aku rs sbb satu perangai aku yang suka bt keje sama tahapnya dgn orang biasa.Akau rasa aku xkan blaja pape klu aku dh tau aku dh blaja sama mcm org lain blaja.Itu faktor utama yang aku kata aku x kan jejak angka 4.00 klu aku masih x berubah.
Jadi apa yg aku perlukan?Masa?orang lain?kekuatan dalaman?aku pun xtau.Tp misi aku untuk semester Januari 2010 ini adalah

" 4.00 is not impossible eventhough you got thousand of commitment"

Adakah slogan semester ini akan berjaya???Aku pun x boleh nak menjawabnya.Kita tunggu dan lihat ajelah.Namun walau x dpt capai,paling tidak aku menuju ke arah tersebut.InsyaAllah.Sama2 kite pelihara iman dan kekuatan dalam kita agar sentiasa redha dgn apa yg ditentukanNYA setelah berputih tulang membanting keringat.

Semoga Berjaya di mana sahaja...

Wednesday, March 31, 2010

Green Technologies, Come With A New Hope

Salam and hye,

Today is kind of free day for me because have sometime to get along with my friends and my hobby. So, now I would like to discuss something about green technology. The world today move forward with Go Green slogan to make the world a better place to live. Below are some of the list that I know about green technology which are in progress:

  • car engine for methanol and bio diesel in commercial car.
  • hydrogen car
  • hydrogen fuel station with solar energy
  • algae for production of hydrogen
  • solar panel-to optimize the energy receive
  • natural air conditioning system-make park on the roof top of the building.

I think these six example can prove that we are know realize that we are in danger and the mother nature have mad to us. So, the initiatives that we have don't are the way to reduce our individual carbon footprint everyday.

There many practice that we can do in house and everyday life such as recycle, reuse and reduce. If we hold with these three words,we are supporting the world into the better and cleaner world.We may cannot do the research because we have no knowledge and expertise in that field but below are some practice that we can contribute to the cleanliness of our nature and help to preserve them:

  • Recycle the material such as aluminium,paper and bottles.
  • Reuse the plastic bags ,boxes, and anythings that can be use back.
  • Reduce the usage of petrol, electric, paper and the natural resources.
  • Switch off the electric equipment when it is not in use.
  • Separate the household waste into its categories so that it can be recycle.
  • Give hand to plant the tree.

Here are some of the ways.There are many ways to preserve and conserve the nature for our future generation but the only thing is our mindset need to be change first.

So,Think about your kids,Think about the world,Think about your responsibility,Think about the future.

Preserve the nature so that our young generation can see it real,not just in the picture.

The Return

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak kekok menulis di sini sebab dah lama meninggalkan blog ini.InsyaAllah selepas ini jika tiada aral melintang saya akan memanfaatkan blog ini sebagai tempat untuk mengenengahkan pendapat dan pandangan saya dalam bidang yang saya ceburi sebab saya perlu memikirkan kerjaya masa depan.Bukan hanya berfikir untuk makan gaji tetapi memajukan negara dengan kepakaran yang telah saya pelajari.
"Ilmu yang dikongsi dan dimaanfaatkan adalah terbaik untuk kita, Harta yang dibuat amal jariah adalah harta yang kita miliki dan ingatan orang pada kebaikan kita setelah kita mati adalah tanda panjang umur kita"
Saya sekadar untuk mengingatkan semula kepada yang sudah lupa dan mungkin alpa dengan keseronokan dunia.

Di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), kini sedang berlangsung satu program yang besar iaitu Pameran Teknologi, Pendidikan dan Kerjaya 2010 (TECX 2010). Di sini walaupun saya tiada masa untuk melawat pameran kerana ada tugas perlu diselesaikan tetapi berdasarkan pemerhatian, acara ini menampakkan satu pencapaian yang baik. Syarikat yang datang memberikan maklumat dan input berkesan bagi pelajar memikirkan masa depan mereka.

Satu yang saya ingin kongsikan bahawa pihak PROTON mengadakan pameran di sini dengan mempamerkan kereta SAGA yang baru dengan teknologi enjin elektrik sepenuhnya.Ini satu pencapaian yang baik kerana kita sekarang ini perlu memikirkan keseimbangan pembangunan teknologi dan juga pemuliharaan alam sekitar. Pabila bersembang dengan pihak proton,saya bertanya kepada mereka "Apakah prospek R&D yang akan dibangunkan oleh pihak proton selepas ini.Dan jawapannya agak memberangsangkan"Kita akan menjurus kepada pembangunan teknologi hijau."katanya.Alhadulillah,sekarang kesederan dah mula timbul dalam syarikat tentang kepentingan memelihara alam sekitar. Selepas itu dengan slumbernye saya menjawab"xpe la bang,klu macam 2 nnt saya hantar design kereta hidrogen kat proton suruh proton bt,blh x???". Saya pun tak tau kenapa keluar soalan itu tapi yang pastinya memang itu yang diimpikan.InsyaAllah mencapai kenyataan.

Jadi di sini saya bukan ingin mempromosikan PROTON tetapi saya ingin membawa pembaca untuk meneliti semula kesalahan kita pada alam semula jadi sehingga sekarang kita sendiri yang merana. Cuba kita fikirkan jika sehari kita dapat mengitar semula 5 tin aluminium, kita telah menyelamatkan dunia.Oleh itu,ayuhlah bangun memikirkan cara mengurangkan pencemaran di dunia ini dengan membangunkan teknologi hijau dan menjalankan tanggungjawab kita untuk membersihkan dunia dari sampah.

Jadi,saya akan menyusul semula dengan artikel yang lebih menarik untuk dikongsi bersama...InsyaAllah.


Wassalam...