Thursday, December 16, 2010

Kuasa Pengguna

Bismillah.


        Beberapa hari ini,saya punyai masa untuk membaca dan meneliti buku-buku yang dah lama dibeli tapi tak sempat dibaca. Salah satu buku tersebut adalah Bicara buat Pemimpin dan Rakyat karangan Dr.Mohd Asri bin Zainal Abidin atau Dr.MAZA atau juga dikenali sbg Ustaz Asri, Bekas mufti Perlis dan kini pensyarah di Universiti Sains Malaysia.Dalam karangan beliau terdapat satu teguran kepada semua rakyat amnya dan pemimpin dan orang berada khususnya mengenai amalan berjimat cermat.

        Menarik juga jika dilihat pada tajuknya. Amalan berjimat cermat,satu amalan yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia ini tidak boros. Banyak artikel dan kempen dilaksanakan tentang amalan ini.Ia suatu initiatif yang sangat menarik dan bagus.Cara promosinya juga sangat meyakinkan para pengguna sehingga ramai yang memilih barangan buatan Malaysia yang berkualiti dan murah. Suatu yang menarik juga di sini adalah kempen-kempen ini akan berleluasa pabila kerajaan menaikkan harga minyak yang menyebabkan harga barangan keperluan lain seperti gula juga meningkat.Adakah kempen ini sebagai ubat pelali atau penenang untuk semua rakyat berhenti memikirkan isu kenaikan harga?Mungkinkah ia sebagai satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kadar import barangan luar sekaligus mengurangkan kos import?Itu kita sebagai pengguna bijak perlu memikirkannya.Saya tinggalkan persoalan itu untuk difikirkan semua.

Pada 13 Disember lalu saya ada terbaca satu artikel menarik ketika dalam perjalanan pulang ke universiti tercinta.Di dalam akhbar Kosmo terlakar satu artikel bertajuk "Persatuan Pengguna digesa lebih aktif". Antara isinya adalah kempen kesedaran mengurangkan kos peerbelanjaan harian rakyat.Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pengguna akan lebih berinformasi dan mampu bertindak untuk mengurangkan perbelanjaan harian dengan perlaksanaan kempen ini. Selain itu, ia akan dapat mengurangkan kos pengimportan barangan keperluan. Perlaksanaan kempen ini sangat bagus dan tepat pada masanya dalam keadaan ekonomi yang kurng stabil ini disusuli pun denga Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja sekaligus boleh mengurangkan kebergantungan kita kepada sumber dari luar. Hal ini boleh mengurangkan kos pengimportan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

        Semua kempen yang dilaksanakan dan dicanang- canang di media memang bagus dan memberi impak kepada pembangunan dan peningkatan ekonomi negara akan tetapi adakah kita fikir apa lagi yang rakyat boleh kurangkan sedangkan rakyat kini sudah habis berjimat.Kadang-kadang, sebagai seorang pelajar hanya belanja RM 5 untuk makan sehari.Adakah masih boleh dikurangkan lagi atau perlu dikurangkan lagi? Saya rasa agak mustahil di situ. Rakyat sudah berusaha berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian. Dengan kuasa pengguna, rakyat mencari barangan yang berpatutan di beli dan melihat kepada keperluan tetapi pabila melihat kepada suasana orang berada atau orang-orang atasan, masing- masing punya kereta yang besar-besar dan mewah. Ada sesetengah yang punya kereta untuk setiap individu yang berada dalam rumah tersebut.Adakah itu dikira berjimat?Ada juga yang melaksanakan jamuan besar-besaran dan akhirnya banyak makanan dibuang kerana tidak habis.Adakah itu dikira berjimat? Begitu jugalah teguran Ustaz Asri kepada pemimpin di dalam karyanya. Rakyat berhempas pulas mengurangkan perbelanjaan tetapi adakah orang berada melaksanakannya juga?Kita perlu ingat,sesuatu yang kita bicarakan akan mejadi amanah untuk kita tunaikan.Kelak akan ditanya di hari pembalasan.
        Sebagai orang yang berilmu, perlulah kita renungkan,fikirkan,selami hati semua pihak supaya lahir rasa empati dan semua orang akan hidup aman bahagia di dunia dan akhirat.Kita teladani kisah Saidina Umar Al-Khattab yang sangat bencikan pembaziran dan adil. Beliau tidak hidup mewah selagi rakyatnya menikmati kemewahan yang sama sepertinya. Selain itu, sempena pelancaran Kempen Kuasa Pengguna "1Pengguna 1Suara",marilah kita meningkatkan ilmu tentang kuasa kita sebagai pengguna yang mempunyai hak-hak yang boleh kita tuntut jika sesuatu pembelian tidak mencapai tahap yang telah ditetapkan.

        Ini adalah peringatan untuk diri saya yang hina dan untuk semua agar kita sama-sama meneliti diri dari hari ke hari agar hari ini lebih baik dari hari kelmarin dan hari esok lebih baik daripada hari ini.Moga kita tergolong dalam golongan yang beruntung.

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment