Tuesday, January 13, 2009

Kepulangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,lagi beberapa hari saja lagi berakhirlah cuti penggal Julai 08 dan saya akan memasuki semester Januari 09 untuk meneruskan program persediaan kejuruteraan kimia di UTP.Sesungguhnya semester ini mengundang lebih banyak cabaran dan dugaan dalam memahami setiap yang dipelajari.InsyaAllah saya dan yang lain kuat dan berjaya menempuhinya dengan cemerlang.
Walaupun dalam waktu cuti ini dapat buat persediaan sikit dan juga banyak aktiviti dilakukan terutamanya melawat kawan yg dh beberapa tahun tak jumpa.Ziarah beberapap orang sebelum mereka kembali berjuang dalam bidang masing-masing tetapi yang sedihnya plan nak buat 'reunion' ahli Urayville tak mencapai hasrat kerana masalah tertentu.Maaf ye ahli Urayville.InsyaAllah kita semua akan jumpa semula bila dah berjaya nanti.Jangan lupa atau putus hubungan saja.
Waktu cuti yang panjang ni agak bosan sebab saya tinggal di pulau dan tak keluar dari pulau ini.Nasib baik ada yang datang ke sini.Jadi boleh jadi pemandu pelancong...hehehe...tapi tak ada bayaran dikenakan.Cuto lama-lama rindu juga kat UTP dan rakan-rakan di sana.Biasa la,bila ukhuwah itu ada mestilah saling merindui.Betul tak???
Setakat ini saja karangan malam ni.Dah mengantuk.Kepada Rakan di UTP,Tahniah kepada yang cemerlang dalam peperiksaan semester lepas.Kekalkan kecemerlangan anda.
~Ingatlah,jangan biarkan masa yang berlalu itu tanpa sesuai yang bermanfaat~

2 comments:

  1. marilah kita sama2 merasakan keenakan masakan macik rzm..
    huhu

    ReplyDelete
  2. kena la makan tmpt yg sama lg...
    minta2 ada la masakan baru
    dan yg penting turun la harga sikit.
    duit habis kat makan je dh beratus utk sebulan.

    ReplyDelete