Friday, January 9, 2009

Filem vs Movie...

Salam semua,ni cerita yang berlaku beberapa hari lepas.Hari sabtu kalau tak silap.Kawanku yang di MRSM dulu minta belikan coklat.Aku pun dah agak kebosanan kat rumah keluar pergi ke Pekan Kuah,atau boleh dipanggil Bandar Kuah sebab Langkawi dah di isytihar sebagai Bandar Pelancongan dan Taman Geopark.Setelah membeli segala coklat yang dipesan,saya masih tak nak pulang ke rumah.Ambil keputusan pergi tengok wayang.Filem Brainscan.Nama saje dalam BI tp cerita melayu.Komedi keluarga.Best juga tapi saya tak banding dengan cicakman sebab x tengok lagi cicakman.



Cerita ni kisah ciptaan sebuah mesin yang boleh menbaca fikiran manusia dan mengabulkan hajat.Kalau betul-betul ada mesti seronok...hehehe...Mesin ni dicuri dan dijumpai oleh seorang budak.Cerita ni kelakar juga cuma saya tak suka penutupnya.Mungkin boleh diubah lagi untuk bagi lagi ceria.

Lepas beberapa hari,rasanya hari Selasa lepas saya keluar dengan kawan,Fahmi,Farizal dan saya,Fitri.Kira 3F la.Kami pergi tengok Bedtime Stories.Cerita ni lebih kurang Night At The Museum ar.Agak menyeronokkan tapi bosan kalau ulang tengok.



Dan satu lagi kisah,Saya pergi main boling.Hari Selasa minggu lepas main 4 game seorang.Hari Khamis pulak main 2 game dengan kawan.Nma dia Rosafandi panggil Fandi.Jadi sempena cuti ni boleh la luangkan banyak masa dengan keluarga dan kawan-kawan yang sudah hampir 2 tahun tak kutemu...



...Berkawan biar beribu,bercinta biar satu :-)...

No comments:

Post a Comment