Sunday, March 22, 2009

Tenaga Dikerah,Ukhwah Dinikmati

Program Bersua Ukhwah Di Kampung Orang Asli Suak Padi,Bota,Perak.

Assalamualaikum...

Setelah lama saya tidak punya kesempatan untuk menambah post dalam blog ini kerana kesibukan yang tidak mengizinkan saya berada di hadapan komputer pada kadar masa yang lama.Hari ini dengan berakhirnya satu program perintis di kampung orang asli,Kg.Suak Padi yang julung kalinya diadakan,ia akan menjadi satu titik tolak kepada sumber perjuangan saya dan rakan seperjuangan untuk memberi khidmat kepada Khaliq yang menjadikan hamba yang hina ini.

Pada 21 Mac ketika semua rakan-rakan mula beransur pulang ke rumah masing-masing sempena cuti pertengahan semester,saya dan beberapa orang sahabat yang lain berusaha untuk menjayakan program bagi masyarakat orang asli dan sebagai yang pertama dilakukan kepada masyarakat.Program ini akan menjadi titik tolak kepada gerak kerja yang bakal datang.Program ini sebagai pemberi pengalaman pertama kepada kami bagaimana perlu berinteraksi dengan golongan orang asli.

Kami bertolak ke sana pada pukul 8.30pagi dari UTP ke sana.perjalanan mengambil masa dalam setengah jam disebabkan jarak yang tidak terlalu jauh.Kami tiba di sana pada pukul 9.00 pagi dan di sambut meriah oleh wakil orang asli iaitu Ustaz Hassan yang juga orang asli tempat tersebut.Program ini dimulakan dengan pembahagian kumpulan antara muslimin dan muslimat.Penyertaan yang memberangsangkan menyebabkan kami bersemangat dalam gerak kerja kami.Ketika ta'aruf kami dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang peserta dan taraf pendidikan mereka juga bagaimana cara kehidupan mereka seharian.Kami cuma menyelami situasi mereka dan jika kita sedar mereka amat memerlukan pertolongan dari pihak luar bukan sahaja dari segi kewangan tetapi dari segi ilmu.Mereka agak ketandusan ilmu dan mereka amat berharap pihak luar dapat menyediakan mereka sumber ilmu.

Kami mulakan modul pengajaran pendidikan asas Islam yang menjadi teras kepada rumah yang dibina dari tiang-tiang Islam.Jika tiada asas,pembinaan sesebuah bangunan tidak akan kukuh sama juga di sini,kami cuba memberi kefahaman kepada mereka tentang asas pembinaan Islam dalam diri.Moga apa yang diajar dapat dipraktikkan mereka dan memantapkan kefahaman mereka tentang Islam.Program ini adalah bertujuan untuk menjalinkan ukhuwah antara kami dengan orang asli memandangkan jarak mereka dengan kami tidak begitu jauh.InsyaAllah program ini akan berterusan.

Program berjalan lancar sehingga ke petang tetapi kami tidak berkesempatan untuk menziarah rumah-rumah orang asli di sekitar kampung tersebut kerana cuaca hujan tidak mengizinkan kami.Walaupun begitu,dengan rancangan sokongan yang telah dirancang,program dapat diteruskan dengan sebuah tayangan sirah nabawiyah.Ini dapat memantapkan lagi kefahaman tentang asas yang telah diberikan kepada mereka pada pagi tersebut.Disebabkan kumpulan sasaran kami tergolong dari semua peringkat umur,pelbagai pendekatan diambil untuk mendekati mereka dengan cara yang efisien.Alhamdulillah,serba sedikit pengalaman yang kami dapat akan membantu bagi program yang akan datang.

Pada malam hari,kami mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta dan penyerahan beras fidiah dari pihak baitulmal. Selepas itu,diadakan sedikit tayangan bagi meneruskan majlis.Program pada hari itu tamat kira2 pada pukul 11.30 mlm.Keesokan harinya,kami bersama orang kampung.Majlis perpisahan diadakan pada pukul 10 pagi dan berakhir kira2 pukul 11.00 pagi.Pengalaman yang paling menarik yang dapat diambil dalam program ini kerana inilah kali pertama saya bersama orang asli.Moga pengalaman ini akan memberi jalan kepada saya dan rakan2 seperjuangan untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini.InsyaAllah.

Gambar bagi program ini belum sempat diupload.InsyaAllah,jika ada masa saya akan masukkan sedikit sebanyak gmbr yang kami peroleh dalam program ini.Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan program ini.Moga apa yang dilakukan mendapat rahmat dari-Nya.

~Sesungguhnya kita merancang dan Allah juga merancang dan rancangan-Nya adalah sebaik2 ketentuan~

1 comment: