Thursday, March 5, 2009

Keegoan manusia...

Salam...

Hari-hari yang kita lalui setiap hari pastinya akan memberikan pengalaman baru bagi kita.Sejak beberapa hari ini saya mula sedar sesuatu yang ada kalanya baik dan adakalanya buruk bagi seorang manusia.Nak tahu apakah ia?Ia sebenarnya keegoan dalam diri.Setiap manusia mempunyai keegoan mereka.Kita akan berusaha untuk mempertahankan diri masing-masing.

Tidak semestinya mempertahankan diri itu bermaksud bergaduh tetapi mempertahankan pendirian dan pendapat sendiri.Sesetengah orang akan berusaha mempertahankan pendapatnya jika pendapatnya tidak diterima.Ia agak bagus kerana ia akan memberi justifikasi kepada orang lain mengenai pendapat yang diberi tetapi keburukannya tetap ada.Ia bakal mencetuskan ketegangan antara penberi ia dan pengkritik.Keadaan ini mungkin anda juga pernah lihat di mesyuarat yang diadakan.Ia bagai sesuatu yang biasa dalam masyarakat tetapi kita harus elakkan daripada tercetusnya pergaduhan.

Ego juga adalah baik untuk perempuan. Ia adalah baik jika pihak lelaki cuba mengorat anda.Ego itu lebih baik daripada membiarkan lelaki menghampiri anda.Biarlah mereka mengatakan anda jual mahal tetapi jangan mudah membiarkan mereka mendekati anda.Jika mereka mendekati anda pada masa yang sesuai untuk melama anda mungkin anda dapat pertimbangkannya semula tetapi jika hanya untuk berpasangan dengan anda seperti zaman remaja sekarang lebih baik anda meningkatkan keegoan anda.Jadi fikirkanlah sendiri kebaikan yang bakal anda perolehi.

Lelaki pula kadang-kadang terlalu ego sama ada kepada kaum sejenisnya dan juga kepada kaum hawa.Keegoan lelaki amat tinggi sehingga ada yang menimbulkan rasa tidak senang hati kepada pihak lain.Sebagai contoh,pabila orang lain mengatakan hasil kerjanya tidak memuaskan,mereka akan mempertahankan idea mereka malahan ada yang sanggup bermasam muka.Jadi keegoan ini harus dikurangkan atau dikawal.Bukannya tidak boleh berlaku ego tetapi kita hanya perlu pandai mengawalnya.Jadi kekuatan mental perlu dibina bagi mengatasi ego ini.

Apa yang ditulis ini adalah berdasarkan pemerhatian saya di tempat yang sudah saya jejaki.Mungkin ada percanggahan dengan fakta psikologi yang telah ada tetapi ini adalah pemerhatian dan pendapat saya.Jika anda punyai pendapat tentang topik ini boleh la masukkan ke ruangan komen.

1 comment:

  1. jom kite hayati jap kate2 Imam Al-Ghazali..
    syaitan memasuki dalam tubuh manusia, dalam 5 keadaan..

    # ketike marah
    # ketike keadaan gopoh-gapah
    # orng yg kikir
    # org yg tidak dapat mengawal nafsu syahwatnye
    # Sombong (ego tidak bertempat)

    hayati ek..

    ReplyDelete