Thursday, February 21, 2008

Realistik

Dalam pemilihan sesuatu kerjaya,terdapat pelbagai jenis teori yang telah dikemukakan oleh pakar antaranya adalah Teori Holland yang sering digunakan kini.Teori ini mengemukakan kaedah pemilihan kerjaya berdasarkan personaliti seseorang.Hari ini saya memilih untuk menghuraikan ciri-ciri personaliti individu yang REALISTIK.

Individu yang mempunyai jenis personaliti realistik adalah individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal.Individu ini suka bekerja dengan objek,mesin,peralatan,tumbuhan dan binatang.Individu ini juga suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan.

Cara hidup individu yang mempunyai jenis personaliti realistik ialah:
agresif, suka pada tugas konkrit berbanding abstrak, pada asasnya kurang bersosial, interaksi di antara satu dengan lain kurang.

Individu yang meminati aktiviti seperti memasang atau membaiki sesuatu,membina atau mendirikan sesuatu,kerja dengan menggunakan peralatan tangan,mengendalikan mesin dan kerja membabitkan tumbuhan atau haiwan adalah individu yang mempunyai personaliti realistik.Individu ini mempunyai kemahiran menggunakan tangan, menggerakkan tubuh dan menggunakan nombor.

Selalunya individu ini amat meminati mata pelajaran yang berkaitan dengan pertukangan (Reka cipta,Lukisan Kejuruteraan), sains (Kimia,Fizik dan Biologi),matematik dan pertanian.

Contoh pekerjaan bagi individu ini adalah dalam bidang kejuruteraan, pertukangan, teknikal dan perkhidmatan seperti mekanik.Pekerjaan bagi jenis personaliti realistik banyak berkait rapat dengan kemahiran dan masalah yang berkaitan mesin.Individu ini juga amat mementingkan nilai kerja seperti kemantapan,kejituan kerja dan lebih suka bekerja secara bersendirian.

(Diperoleh dari Buku Membimbing Remaja Memilih Pendidikan dan Kerjaya)

No comments:

Post a Comment