Thursday, February 14, 2008

Proses Pemilihan Kerjaya

Proses pemilihan kerjaya yang baik melibatkan tiga peringkat asas.Ia perlu dilaksanakan satu persatu mengikut urutan bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.(Harris-Bowlsbey,Spivack dan Lisansky,1983):

1.Mendapatkan kefahaman berkaitan diri sendiri:
Individu mendapatkan maklumat tentang diri sendiri yang meliputi cara dia membuat keputusan, matlamat peribadi, konsep kendiri, nilai-nilai, minat , bakat semula jadi, kemahiran, kebolehan dan pengalaman...

2.Mendapatkan kefahaman berkaitan persekitaran di mana dia hidup:
Individu mendapatkan maklumat berkaitan persekitaran yang meliputi kefahaman tentang organisasi dunia kerjaya,pilihan-pilihan pekerjaan, pandangan stereotaip terhadap kerjaya dari aspek jantina, bangsa dan kecacatan individu dan maklumat tentang pekerjaan...

3.Mengintegrasikan antara maklumat diri dan maklumat berkaitan dunia pekerjaan:
Individu akan menggabungkan kedua-dua maklumat yang diperoleh tentang diri dan dunia pekerjaan untuk membuat keputusannya itu.

Dengan melakukan langkah-langkah ini mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk membuat keputusan dalam pemilihan bidang pendidikan dan kerjaya...mungkin umumsahaja maklumat ini tapi jika mahu maklumat lebih boleh kemukakan di shoutbox...

(diperoleh dari buku Membimbing Remaja Memilih Pendidikan & Kerjaya)

No comments:

Post a Comment