Saturday, February 23, 2008

Berkayuh Demi Matlamat

Ku berkayuh demi mencapai matlamat
Bermula dengan perlahan
Tetapi ku berusaha untuk ke hadapan
Dengan segala keringat yang ku punya.

Impian ingin berada di hadapan
kian menebal di hati
Dan ia semakin bertambah
Dengan segala usaha
Ku teruskan demi mencapai matlamat

Walau berasa tidak terdaya
Namun ku ingati matlamatku
dan prinsip diri ini
Untukku teruskan jua

Kini ku melangkah ke hadapan
Dan mencapai matlamatku
Kerana ia menjadi pembakar
Untukku terus bertahan
Sehingga impianku tercapai.

No comments:

Post a Comment