Thursday, June 18, 2009

Tercari - cari di mana haluannya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni seronok plak nak buat artikel dlm bahasa ibunda...hehehe...Dah ramai yg tak lancar cakap bahasa melayu sekarang sebab semua asyik bertungkus-lumus mempelajari bahasa antarabangsa hingga bahasa ibunda dilupakan.Pepatah Hang Tuah,Pahlawan Lagenda Melaka "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" nampaknya takkan kekal lama lagi kerana kita sebagai bangsa Melayu juga mengabaikan apa yang kita sudah ada.Ingatlah semula asal usul kit semua,InsyaAllah kita sedar apa yg perlu kita pertahankan.

Baiklah,kita tinggalkan sebentar hal itu,kita berbincang hal masa depan anak bangsa.Saya tengok sekarang banyak yang bercita-cita untuk menjadi doktor,jurutera dan kerjaya professional.Kalau difikirkan ia memang memberikan pendapatan yang lumayan tetapi jika kita semua berusaha untuk memiliki kerjaya professional sahaja,siapa yang akan menguruskan kerjaya lain.Kita di dunia ini ada tugas masing-masing.Tidak semestinya kalau kita tidak layak untuk seorang doktor,kita tak berpeluang untuk kerjaya lain.Jadi usahlah memilih kerjaya.Jadi profesional dalam satu bidang tetapi banyakkan pilihan dengan kelebihan yg kita ada.

Saya melihat situasi sekarang,para pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrik lebih tertarik untuk menjadi seorang doktor.Jadi apa jua pilihan yang dibuat,buat pilihan yang terbaik.Jangan kelam-kabut membuat keputusan kerana ia mungkin akan membuatkan kita gembira atau mungkin menyesal.Klik pautan ini.Mungkin artikel ini dapat membantu sedikit sebanyak tetapi agak lama fail ini.

Akhir sekali,saya harap dalam setiap diri kita ini ada rasa untuk maju ke hadapan walau apa halangan yg melanda.Usah putus asa kerana peluang akan datang tetapi pabila ia datang jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.InsyaAllah kita boleh berjaya di dunia dan akhirat.

"Ingat tujuan kita,arah mana destinasi kita,dan apa yang kita hendak kecapi"
12.02pm(18 jun 2009)

No comments:

Post a Comment