Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru, Azam Baru

Bismillah...
 
        Telah tiba tahun banyak no 1 dan hari ini adalah 1.1.11 iaitu hari pertama tahun baru dan hari lahir kawan saya iaitu Mohamad Faris bin Muhamad Danial.Selamat Hari Lahir,Sahabat Lama. Sudah lama saya tidak ketemu sahabat ini.InsyaAllah,tahun ini saya akan berusaha untuk lebih kerap menziarahi sahabat- sahabat lama.Juga tidak lupa slogan 1Malaysia, mungkin tahun yang banyak satu ini akan memantapkan lagi impak kepada slogan itu. 


Tahun baru sering dikaitkan dengan azam baru.Semua orang nak azam baru tidak terkecuali juga dengan saya.Seperti yang saya cakap tadi,itu adalah salah satu azam baru saya dan azam lain adalah seperti berikut:
  1. Memperbanyakkan ilmu dalam pelbagai bidang (keusahawanan dan agama)
  2. Menziarahi sahabat - sahabat setiap bulan
  3. Mengajar dan bersedekah kepada anak yatim dan orang yang memerlukan
  4. Memiliki modal untuk memperbesarkan perniagaan keluarga (sekurang-kurangnya RM 20,000 dan premis perniagaan)
  5. Mendaftar ahli keluarga dan saya untuk menunaikan haji atau umrah
  6. Melangsaikan hutang keluarga.
  7. Mewujudkan satu kumpulan yang bersama-sama melaksanakan bisnes dan CSR kepada masyarakat setempat dengan sukarela.

          Inilah azam saya pada tahun ini dan ditambah dengan azam tahun lepas yang masih belum dilunaskan.Kita doakan setiap azam yang kita buat itu ada usaha dan memperoleh keberkatan dari Allah.

           Azam ini jika difikirkan perlulah memenuhi prinsip SMART jika kita fikir rasionalnya kerana kita perlu suatu azam yang SPESIFIK agar dapat difokuskan dalam setiap pelaksanaannya.

         Selain itu, azam itu jua MEASURABLE (boleh disukat) iaitu ia boleh disukat kejayaan dan kemajuannya sebagai contoh saya ingin memperoleh RM 20,000 pada hujung tahun ini.Ia suatu yang boleh saya sukat atau ukur tahap kemajuannya.

           Kita perlu lihat juga adakah azam itu boleh dicapai (ACHIEVABLE). Jadi,kita perlu fikirkan adakah dengan usaha,aset dan keadaan ekonomi sekarang kita boleh dapat apa yang diazamkan itu. Orang ramai selalu berkata bila nak buat azam biarlah logik.

          Bila saya katakan saya nak dapat premis perniagaan dan RM 20,000 pada bulan Disember 2011,maka keluarlah ungkapan "hang gila ka apa?" tetapi apa yang saya cuba capai itu adalah logik (REALISTIC) dan boleh diterima jika seseorang itu berfikir dengan apa cara yang boleh dilakukan untuk memperolehinya.

          Yang paling penting untuk penentuan azam ini tercapai atau tidak adalah masa (TIME CONSTRAINT). Aspek ini juga perlu difikirkan agar dengan masa yang ada iaitu setahun adakah ia akan tercapai atau azam tersebut ada pecahan fasa-fasa tertentu.

           Jadi setelah memikirkan semua aspek ini,InsyaAllah segala perancangan dan azam kita akan lebih fokus dan tertumpu dan mudah dicapai.Mungkin dalam perjalanan menuju ke arah kejayaan akan ada pelbagai halangan tetapi itu terpulang kepada bagaimana kita ingin menghadapinya.Adakah mengaku kalah atau mencari jalan penyelesaian untuk mencapainya.

            Baiklah, inilah sedikit sebanyak apa yang boleh dikongsi pada awal tahun ini agar segala perancangan itu berjalan lancar dan tidak terhenti di tengah jalan. Terokai diri, Selami alam sekeliling, Anda akan peroleh jalan yang anda cari.

Wallahualam...

~Kenali diri, Tonjolkan Kebolehan, Inspirasi Persekitaran~
www.stormreaders.net/fitrijamil

2 comments:

  1. salam fitri... ingat jugak hang kat faris... terharu rasenyer... lama tak jumpe kan? kalau datang shah alam, call2 la... ok semoga semua azam fitri tercapai... faris sama2 doakan...

    ReplyDelete
  2. Salam,mesti la ingat...tp nak jmp je xdak kesempatan.insyaAllah klu free tersesat g shah alam,aku contact...apa2pun selamat berjaya untuk tahun 2011...

    ReplyDelete