Wednesday, March 31, 2010

The Return

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak kekok menulis di sini sebab dah lama meninggalkan blog ini.InsyaAllah selepas ini jika tiada aral melintang saya akan memanfaatkan blog ini sebagai tempat untuk mengenengahkan pendapat dan pandangan saya dalam bidang yang saya ceburi sebab saya perlu memikirkan kerjaya masa depan.Bukan hanya berfikir untuk makan gaji tetapi memajukan negara dengan kepakaran yang telah saya pelajari.
"Ilmu yang dikongsi dan dimaanfaatkan adalah terbaik untuk kita, Harta yang dibuat amal jariah adalah harta yang kita miliki dan ingatan orang pada kebaikan kita setelah kita mati adalah tanda panjang umur kita"
Saya sekadar untuk mengingatkan semula kepada yang sudah lupa dan mungkin alpa dengan keseronokan dunia.

Di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), kini sedang berlangsung satu program yang besar iaitu Pameran Teknologi, Pendidikan dan Kerjaya 2010 (TECX 2010). Di sini walaupun saya tiada masa untuk melawat pameran kerana ada tugas perlu diselesaikan tetapi berdasarkan pemerhatian, acara ini menampakkan satu pencapaian yang baik. Syarikat yang datang memberikan maklumat dan input berkesan bagi pelajar memikirkan masa depan mereka.

Satu yang saya ingin kongsikan bahawa pihak PROTON mengadakan pameran di sini dengan mempamerkan kereta SAGA yang baru dengan teknologi enjin elektrik sepenuhnya.Ini satu pencapaian yang baik kerana kita sekarang ini perlu memikirkan keseimbangan pembangunan teknologi dan juga pemuliharaan alam sekitar. Pabila bersembang dengan pihak proton,saya bertanya kepada mereka "Apakah prospek R&D yang akan dibangunkan oleh pihak proton selepas ini.Dan jawapannya agak memberangsangkan"Kita akan menjurus kepada pembangunan teknologi hijau."katanya.Alhadulillah,sekarang kesederan dah mula timbul dalam syarikat tentang kepentingan memelihara alam sekitar. Selepas itu dengan slumbernye saya menjawab"xpe la bang,klu macam 2 nnt saya hantar design kereta hidrogen kat proton suruh proton bt,blh x???". Saya pun tak tau kenapa keluar soalan itu tapi yang pastinya memang itu yang diimpikan.InsyaAllah mencapai kenyataan.

Jadi di sini saya bukan ingin mempromosikan PROTON tetapi saya ingin membawa pembaca untuk meneliti semula kesalahan kita pada alam semula jadi sehingga sekarang kita sendiri yang merana. Cuba kita fikirkan jika sehari kita dapat mengitar semula 5 tin aluminium, kita telah menyelamatkan dunia.Oleh itu,ayuhlah bangun memikirkan cara mengurangkan pencemaran di dunia ini dengan membangunkan teknologi hijau dan menjalankan tanggungjawab kita untuk membersihkan dunia dari sampah.

Jadi,saya akan menyusul semula dengan artikel yang lebih menarik untuk dikongsi bersama...InsyaAllah.


Wassalam...

No comments:

Post a Comment