Skrg ni keputusan SPM07 dah keluar.Pelbagai keputusan yang tidak dijangka diperoleh oleh semua calon di seluruh negara.Bagi pelajar yang menginginkan kerjaya yang profesional seperti doktor,jurutera dan banyak lagi mungkin ada yang kecewa dengan keputusan yang diperolehi dan ada yang begitu gembira kerana segala yang dirancang mengikut perancangan.Namun begitu,kepada yang kurang berjaya janganlah terlalu kecewa kerana peluang belajar ada di mana-mana.Yang penting usaha.
Kepada sesiapa yang memilih kerjaya mengikut kata ibu bapa,fikir-fikirlah semula kerana mungkin kerjaya pilihan ibu bapa itu kurang sesuai untuk diri anda.Sebagai contoh,kebanyakan ior.Kbu bapa pada masa kini lebih mengingini anak-anak mereka menjadi doktor tapi fikirkan semula diri anda.Dengan sikap dan perangai seharian anda,adakah sesuai dan memenuhi kriteria-kriteria seorang doktor.Anda harus ingat,kerjaya masa hadapan itu adalah untuk kehidupan anda di masa hadapan.Jangan disebabkan orang lain,anda bekerja secara terpaksa di masa hadapan dan menyebabkan anda sendiri merana.Bagaimana kualiti kerja boleh ditingkatkan jika segala kerja kita dilakukan secara terpaksa?Adakah kerja yang dilakukan secara terpaksa boleh disiapkan secara berkualiti?Anda sebagai pelajar sudah tahu jawapannya.Oleh itu fikir-fikirlah sendiri.Mungkin kerana itulah,pakar-pakar mengesyorkan kaedah pemilihan kerjaya bermula dari meneliti sikap diri kemudian persekitaran kerjaya dan barulah prospek kerjaya.
Walaupun begita,anda janganlah begitu khuatir dengan keputusan yang anda perolehi.Segalanya tidak mustahil jika ada usaha.Yang penting jangan mudah putus asa.Ikut kata hati.buat pilihan yang terbaik.Ingat pada Tuhan.Ini yang paling penting kerana Dia yang menentukan takdir dan segala yang akan berlaku pada kita.
Selamat Berjaya dalam hidup.Jika anda rasa diri anda teruk maka anda telah merendahkan diri anda sendiri dan mengurangkan kekuatan pada diri anda.Tetapkan destinasi yang ingin dicapai dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan kerana ia akan memberi kekuatan dalaman pada diri anda untuk mencapai kejayaan...
p/s:sebarang kemusykilan janganlah dipendam,jika ingin dibantu sudi-sudilah beritahu.Klu blh dibantu akan diusahakan.
No comments:
Post a Comment