Tuesday, March 25, 2008

Alam kita...

Hari ni aku keluar meronda2 setelah bosan berada di rumah.Kebetulan ibuku ingin ke Pekan Kuah.Untuk menghilangkan kebosananku aku ikut la sekali.Hilang jg boring klu keluar meronda2.Tp hari ni cuaca x begitu baik.Ada ribut la...Angin kuat gila...sedang dalam perjalanan pulang,aku mengharungi hujan yang lebat aku terfikir..pernak ke jadi ribut mcm ni kat pulau ni?klu ada pun x la sekuat ini...Mungkin kerana perubahan cuaca yang melampau...

Aku pernah terbaca byk artikel berkaitan pemanasan global...Para ahli meteorologi telah membuat anggaran iaitu sepanjang tempoh 4 hingga 5 tahun lagi sesetengah bandar yang maju seperti New York dan juga nergara belanda akan ditenggelami jika pemanasan global tidak dapat dikawal...Oleh itu,kita sebagai penduduk di Bumi ini perlulah mengambil langkah2 berjaga2 dan turut sama membantu dalam mengawal pemanasan global.

Pemanasan global berlaku akibat terlalu banyak gas rumah hijau seperti gas methana,karbon dioksida dan kloroflorokarbon menyelimuti atmosfera bumi seterusnya membentuk satu lapisan yang membenarkan haba memasuki bumi tetapi menghalang ia dari terbebas keluar dari kawasan bumi.Gas ini boleh menyerah haba dan menyimpan haba seterusnya menyebabkan peningkatan suhu bumi.Suhu bumi yang tercatat paling tinggi iaitu 41 darjah celcius.Peningkatan suhu dunia menyebabkan sebahagian besar kawasan ais di kutub mencair dan jika ia terus berlaku akan menyebabkan peningkatan aras air dan akan menyebabkan pelbagai bencana.

Peningkatan suhu bumi juga boleh menyebabkan gas berbahaya dari lautan ,meruwap dan menyebabkan keracunan gas kepada manusia.Gas yang terbebas ini boleh menyebabkan kematian seperti penggunaan senjata biologi.Ia merebat sedikit demi sedikit menyebabkan kematian manusia.

Kita sebagai penduduk di bumi ini dapat membantu mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ini dengan mengitar semula sampah yang boleh dikitar semula.Jika kuantiti sampah dapat dikurangkan,pembebasan gas methana dan karbon dioksida dapat dikurangkan.Kita juga boleh mengurangkan penggunaan alatan elektrik seperti lampu dan kipas.Ketika tidak digunakan perlulah dimatikan dan jika hari yang cerah gunalah kuasa yang telah dibekalkan oleh matahari untuk mencahayakan rumah.Tidak perlulah dihidupkan sius lampu.Penjimatan elektrik boleh mengurangkan pelepasan gas yang dihasilkan untuk menghasilkan elektrik.

Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan alam sekitar dari dimusnahkan oleh sifat rakus dan tamak manusia.Kita mula dari rumah.Pabila sudah diamalkan ,ia dapat membantu usaha menyelamatkan alam.Antara penyumbang utama masalah pemanasan global juga adalah dari rumah.Oleh itu,marilah sama2 kita berusaha untuk menyelamatkan bumi ini.Usaha ini perlukan kerjasama dari semua penduduk.Jika hanya sesetengah pihak sahaja melakukannya ia tidak akan mendatangkan sebarang hasil...

MARILAH SAMA2 MENGURANGKAN PEMANASAN GLOBAL.....

No comments:

Post a Comment