Sunday, March 16, 2008

Kehidupan

Hidup ini memang tidak dapat diramal.Kadang-kadang apa yg kita tak jangkakan, itulah akan terjadi.Mungkin setelah bangun dari tidur kita merancang sesuatu yang baik akan kita lalui pada hari ini tetapi kita tak tahu akan kemungkinan yang akan berlaku.Jika kita merancang sesuatu terutamanya kepada pelajar yang kini telah memperoleh keputusan masing-masing.Ada yang menjangkakan sesuatu yang baik seperti keputusan yang cemerlang iaitu semua 1A tetapi apakan daya kita.Mungkin rezeki bukan untuk kita pada waktu itu dan kita x memperoleh keputusan yang diimpikan.Kita harus ingat itu adalah kehidupan kita.Bukan semuanya baik yang akan kita hadapi.Walau sekuat mana kita usaha tetapi takdir sudah menentukan kita tak boleh nak buat apa.Samalah juga setelah dapat apa yang dimpikan,jangan sesekali lupa diri dan lupa orang yang kurang bernasib baik.Sesungguhnya hidup ini bagai roda,kekadang kita dia atas dan kekadang kita di bawah.Mungkin hari ini kita peroleh keputusan yang cemerlang namun sesuatu itu x dapt dijangka.mungkin kita pula akan mengalami kemerosotan pada masa akan datang.Oleh itu,bersyukur dan berterima kasihlah kepada sesiapa yang telah membantu kita dalam melalui hidup ini kerana mungkin nanti kita perlukannya lagi.Ingat jika kita peroleh sesuatu jangan lupa akan ucapan terima kasih kerana itu sudah cukup jika kita tidak mempunyai kemampuan untuk memberi sesuatu yang berharga sebagai penghargaan atas pertolongan orang lain.

Ingin aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dalam setiap keputusan yang aku buat walaupun tidak mengikut kemahuan mereka,namun aku cuba sedaya upaya untuk mencapai hajat mereka,guru-guru yang telah banyak memberi ilmu dari aku tidak mengetahui apa2 sehingga aku peroleh keputusan yang cemerlang dan juga kepada sahabat-sahabatku yang telah banyak memberi semangat kepadaku walaupun mereka tidak sedar akan kehadiran mereka taleh menguatkan semangatku untuk terus berada di maktab yang kini telah megah namanya dalam bidang pendidikan Malaysia kerana telah mendapat keputusan yang terbaik untuk SPM 2007.Kepada seseorang yang telah membuatkan aku lebih bersemangat setiap hari untuk belajar dan berusaha lebih tekun.Hanya ia sahaja yang mengetahui akan kelebihannya yang telah membuatkan aku bersemangat.Syukur yang teramat kepada Tuhan kerana telah memberikan ku keputusan yang cemerlang dan juga memberikan ku rakan -rakan yang telah menguatkan semangat ku.

Entah apa yang aku tulis aku pun tak tau.Sekadar untuk menenangkan perasaan yang kini sering gusar dan risau.Dengan cara ini aku dapat mengurangkan kegusaranku ini.


No comments:

Post a Comment