Assalamualaikum...
Bercerita memang sesuatu yang menyeronokkan.Mendengar cerita orang lain lagi menyeronokkan.Pelbagai suka dan duka dapat kita tahu.Itulah ragam kehidupan.Bukannya ada baik aje.Kalau semuanya baik tak meriah la kehidupan.kalau tiada cabaran tak teruji kemampuan dan kalau tiada pergaduhan tidak mencabar dunia ini.Oleh itu,kita semua memiliki akal masing-masing.Fikirkanlah apa yang terbaik untuk diri sendiri pabila menempuh cabaran dan rintangan dalam kehidupan.
Kalau dalam persahabatan,tidak semuanya baik.Kadang-kala kita hadapi salah faham.Ada juga yang meghadpi perpisahan.Namun itu semua perlulah dihadapi dengan rasional.Jangan sesekaliterus membuat kesimpulan tanpa berfikir panjang.Kalau seseorang itu mendiamkan diri,tidak semestinya dia ingin memutuskan persahabatan yang sedia terjalin.Mungkin dia sedang menghadapi masalah.mungkin dia ada perkara yang perlu disiapkan.Pelbagai kemungkinan yang ada.Jadi,jangan terlalu cepat membuat keputusan.Selidik dengan betul dan terperinci jika inginkan sesuatu hubungan itu kekal selamanya.
Pabila di tempat kerja,lagi banyak kerenahnya.Ada kawan datang berurusan.Kalau tak tolong nanti dikatakan sombong tapi kalau kawan yang datang itu ramai,takkan nak tolong kesemuanya.Teruklah macam itu.Jadi,buat keputusan yang rasional dan tidak membebankan diri sendiri.Jika sesuatu itu bolah mendatangan kebaikan kepada kita apa salahnya membuat kebajikan.
Yang paling penting sekarang ini adalah pemikiran yang rasional dan matang.Sesuatu keputusan yang dibuat dengan rasional dan mendapat pandangan dari pelbagai pihak dapat menghasilkan suatu kejayaan yang terbaik.mungkin tidak pada masa sekarang.Mungkin kejayaan itu tidak datang ketika itu tetapi ia akan datang pada suatu ketika yang betul2 kita perlukan...
No comments:
Post a Comment