Baiklah,bulan Januari,kerja part time kat warung nak cari duit buat lesen sambil bekerja ada jg mengajar budak-budak PMR.Dapat lesen motorsikal.
Bulan Februari,terus lagi bekerja tapi kat warung lain pulak.Dekat dengan rumah je.Ini nak cari duit juga buat lesen kereta pulak.Masuk je bulan Mac keputusan SPM keluar.Alhamdulillah,keputusan yang cemerlang.Tahniah kepada INFINEIGHTER.
Lepas dapat keputusan dah malas nak kerja.Lesen pun dah siap.Duit ada la lebih sikit.Malas nak kerja,duduk kat rumah blaja apa yang patut dan isi borang untuk pinjaman dan tajaan.Waktu ini la bt esei berlambak-lambak.
Bulan Jun,datang tawaran satu persatu.Mula-mula dari Matrikulasi Perak.Lepas itu,Universiti Malaya buat asasi sains fizikal.Dapat plak program PILN buat A-level kat Kolej MARA Seremban dan yang terakhir tinggal lagi 5 hari untuk pendaftaran dekat KMS datang tawaran dari universiti yang saya blaja sekarang,Universiti Teknologi PETRONAS,Tronoh,Perak tapi sedih skit la sebab tak dapat scholar PETRONAS tapi bersyukur juga.
Belajar dekat UTP takde banyak beza dari kat MRSM Langkawi dulu sebab kehidupan kat sana lebih kurang saje.Yang bezanya hanya ada kuliah untuk semua subjek.Kalau hal coursework 2 mmg dah ada kat MRSM.Jadi, tak la culture shock sangat pergi UTP cuma ada juga jeles kat budak yang bakal terbang ke oversea.(saya nak pergi oversea juga...huhuhu...).
Di UTP bila buat assignment dan tutorial ok je sume tapi bila datang test saya tak bleh perform tak tahu kenape.Main banyak kot...hehehe...result okok je.Sebab itu markah coursework agak kurang.Tapi insyaAllah result akhir ni mungkin memberangsangkan sebab ada la konfiden bila buat Final Exam.Nanti akan diumumkan keputusan kalau elok la.
Oklah,tirai 2008 kita tamatkan di sini.Tirai 2009 bakal menjelma.Mesti ramai yang tanya azam baru kan?Azam tahun 2008 biasa-biasa je.Azam 2009 ni nak lebih skit kot.nak tingkatkan Ilmu agama dan nak buat program yang menbantu masyarakat.Azam terbesar tahun 2009 adalah nak dapat 4.00 untuk semester depan.Kalau semester ni dapat 4.00 juga maka tercapailah azm terbesar.(nak dapat 4.00 untuk CGPA...insyaAllah...)
Usahlah menjadi orang lain
Jadilah diri sendiri kerana ia
adalah yang terbaik untuk kita.
No comments:
Post a Comment