Assalamualaikum dan selamat sejahtera..hehehe...hari ni rasa nak kembali kepada bahasa ibunda plak.Setiap post dalam bahasa asing x seronok jugak.Hari ni byk benda aku fikirkan.Pertama,keadaan dunia sekarang yang semakin huru-hara,sana-sini perang.Kedua,alam pun sudah mula bersuara.Kita boleh lihat merata-rata tempat,tanah runtuh,banjir,salji tebal dan macam-macam lagi.Ketiga,krisis ekonomi dunia.Bukan setakat dunia tapi sehingga ke politik dan sosial di dunia ini.Semuanya dah jadi kacau bilau.Masing-masing salahkan orang lain.Hurmmm....kita tinggalkan hal dunia yg penuh dengan kacau-bilau ini.
Aku sebenarnya ada rasa kekurangan kat blog aku ni.Entah kenapa la tak ceria sgt.Rupanya kurang gambar dan hiasan menarik tapi kalau banyak hiasan nanti berserabut plak.Aduhai,tambahan pulak aku ni dah malas nak menukar dan menambah HTML aku yang sedia banyak ni.(banyak sgt ke???)Aku bukan tak mau letak gambar tapi aku tak ada kamera.Kamera handphone pun dh x kualiti gambarnya.Jadi,biarlah blog ini dipenuhi oleh tulisan dan gambar-gambar yang sedia ada saja.
Akhir sekali walaupun aku tak ada kamera, aku kena cari alternatif lain supaya blog ini selalu dilawati.InsyaAllah,blog ini akan dipenuhi dengan bahan-bahan ilmiah yng boleh dimanfaatkan sama ada dalam bahasa kebangsaan atau bahasa asing.
Walaupun kita semua ada kelemaham dan kekurangan masing-masing,jangan biar kekurangan itu memusnahkan impian kita tetapi jadikan kekurangan itu sebagai pemangkin dalam hidup kita untuk menjadi lebih kuat dan berwawasan.Biar kita jatuh beberapa kali tetapi kita nagun semula untuk lebih teguh dan jangan biarkan kesilapan lama berulang kembali kerana ia menunjukkan diri kita ini tidak berusaha dan tiada peningkatan.Fikir-fikirkanlah semua ini dalam hidup kita.Dari mana kita datang?untuk apa kita ada?dan ke mana kita akan kembali?Kita akan menjadi lebih kuat.
No comments:
Post a Comment