Thursday, December 18, 2008

Cabaran Hidup

Assalmualaikum dan salam sejahtera...
Jangan berasa pelik bila saya mengarang dalam bahasa ibunda sebab ini karangan tentang diriku.Jadi saya cuba meluahkan apa yang saya rasa dan ia lebih mudah jika dalam bahasa ibunda.Setuju???

Hari ini saya rancang untuk membaiki 'laptop' dan membeli 'adaptor' yang baru.Saya memang sudanh mengatahui harganya.Kos baiki komputer adalah RM40 dan 'adapter' yang baru berharga RM90.Kesemuanya RM130 sahaja.Huhuhu.Habis diut.takpe sebab itu pelaburan pendidikanku.Moga ia bermanfaat kepadaku dan juga orang lain.

Sementara menunggu komputer siap dibaiki,saya ergi menonton wayang.Tonton cerita baru keluar.The Day The Earth Stood Still.Cerita ni jenis Sci-Fi.Memang jenis kesukaan saya.Jadi,setelah menonton sampai habis saya pergi main boling seorang diri.Takde orang yang ada masa terluang hari ini.Kalau yang ada pun nak keluar dengan keluarga.Jadi,aku bermain keseorangan dan aku berjaya membaiki catatan mata yang selama ini merudum jatuh di bawah kebiasaan saya main.

Itulah catatan diariku hari ini.Agak letih tapi saya perlu siapkan apa yang saya sudah rancangkan.Sekarang sudah siap semuanya dengan baik.Begitulah diri kita,setiap hari perlu merancang tetapi Allah yang menentukan.DIA lebih berkuasa menetukan apa yang terbaik untuk kita kerna DIA yang emncipta diri kita.Sebaik mana atau sebagus mana perancangan kita,akhirnya kita perlu letakkan tawakal kita kepada-Nya kerana dia yang akan menentukan perancangan kita akan menjadi atau tidak.Baiklah,setakat ini sahaja untuk hari ini.Fakta baru tentang penyakit yang biasa kita lalui iaitu sakit kepala bakal datang...hehehe...tunggu.

Janganlah bersedih dengan apa yang kita peroleh
kerna mungkin ada yang lebih kurang bernasib baik,
Ingatlah kita hanya mampu merancang tapi tuhan sahaja yang menentukannya.

3 comments:

  1. the day the earth stood still

    ak tringin nk tengok..
    baru nih tengok cicakman..
    arghh, cakcakcak

    ReplyDelete
  2. dr cicakman lg bgs the day the earth stood still,
    tp bgs ar ko,
    menyokong produk malaysia.
    ...hehehe...

    ReplyDelete
  3. produk malaysia masih di tahap malaysia..
    from my opinion~

    ReplyDelete