Monday, October 11, 2010

Penerangan Lanjut Manifesto...

Bismillah...

Alhamdulillah,pada hari khamis yang lalu telah berlalu proses pengundian dan pengiraan undi untuk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011. Saya telah mendapat undian antara 6 tertinggi.Oleh itu, bermulalah pelaksanaan manifesto yang telah saya rancangkan pada hari pembentangan manifesto.Ia bukan satu bualan kosong tetapi satu janji yang perlu ditunaikan sepanjang tempoh saya memegang jawatan tersebut.

Dalam artikel yang lepas iaitu manifesto saya, ada yang bertanyakan ttg manifesto pertama. Bagaimana saya dapat meningkatkan kuailiti kemudahan makmal dengan masalah kewangan sekarang ini,Mungkin dari satu sudut kita nampak ia mustahil untuk dilaksanakan dengan kewangan yang kurang stabil dan pelbagai masalah yang ada. Akan tetapi, setelah melihat sendiri keadaan di beberapa makmal terutamanya makmal kimia kerana saya sendiri menggunakan makmal tersebut untuk melakukan eksperimen, saya dapati makmal ni perlu dilakukan penyelenggaraan semula.Saya tegaskan di sini,peningkatan kualiti tidak bermaksud kita memperoleh teknologi baru walaupun memang itu yang perlu pada masa sekarang tetapi kita perlu mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kekuatan yang sedia ada.

Selain itu, saya memang punyai banyak pengalaman dalam menguruskan program dan tidak dalam kepimpinan, dan mungkin manifesto saya tidak nampak macam saya ingin memperjuangkan hak pelajar. Saya jelaskan di sini,pabila kita berada dalam suatu pengurusan,kriteria yang perlu ada adalah bagaimana anda ingin membawa satu kelompok dalam pengurusan itu sehingga mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik tanpa terasa hati.Kita lihat tugas itu mudah,tetapi cuba anda ajak sekumpulan sahabat anda untuk berkelah sehari di pantai dan bahagikan tugas masing-masing.Jika anda dapat melaksanakan tugas tersebut tanpa seorang pun terasa hati.Anda layak menjadi pemimpin yang hebat.Saya tidak katakan jika kita tidak mampu,kita tidak boleh jadi pemimpin kerana sifat itu perlu dipupuk dan disemai sendiri.

Berkenaan tentang 'fight for student right'.Berjanji dalam manifesto adalah bukan semata-mata untuk mendapatkan undian tetapi menunjukkan bahawa calon itu mempunyai perancangan pabila dia bertanding.Itu yang saya lakukan.Memperjuangkan hak pelajar,itu adalah perkara utama tetapi perkara lain juga perlu dimuatkan dalam kepimpinan.Jadi saya mengambil langkah untuk melihat apa yang mahasiswa boleh dapat daripada situasi sekarang.Ini tidak bermaksud saya tidak memperjuangkan hak mahasiswa tetapi saya melaksanakannya dari sudut yang berlainan.Kepimpinan kali ini saya lihat akan dapat mengubah situasi dan memberi satu perubahan dalam pemikiran UTP.InsyaAllah.

Satu yang saya harapkan dari semua mahasiswa UTP,anda menyuarakan pandangan dan idea yang bernas dan kepimpinan kali ini berharap anda dapat memberi sokongan kepada kami dalam setiap pelaksanaan yang kami lakukan.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment