Monday, August 16, 2010

Ramadhan Satu Tarbiyah Jiwa dan Fizikal

Bismillah…

Di kesempatan pagi yang tenang ini, tetapi hati ini masih me mberontak, mungkin tiada siapa yang mendengarku. Masalah bukan lagi satu halangan tetapi suatu kekuatan yang memintaku bangun semula tetapi adakah aku berdaya bangun semu la?Masih adakah kekuatan itu untuk aku teruskan apa yang telah ku rancang dalam hidupku. Masalah hati, masalah gerak kerja, masalah perhubungan melanda diri tidak henti-henti namun aku biarkan sahaja diri ini berusaha menghadapinya. Tidakku mahu menyusahkan sesiapa di sekelilingku.Biar mereka gembira bersama ku,biar mereka tahu aku sentiasa gembira, biar segala duka ditanggung sendiri.



Ramadhan menjelma dengan seribu satu kelebihan. Di awalnya rahmat, ditengahnya pengampunan dan di akhirnya adalah pembebasan dari api neraka. Moga semua memperoleh kelebihan dari bulan ramadhan yang mulia ini. Memang benar di awalnya rahmat. Pelbagai pengajaran ditunjukkan kepadaku dalam hanya baru 6 hari berpuasa. Pertamanya, berlaku satu peristiwa yang benar- benar merunsingkan aku sehingga aku menyendiri seorang diri beberapa hari. Hadir pengajaran atau mungkin petunjuk darinya agar aku berhenti dari menyendiri daripada sahabat iaitu peristiwa musibah-musibah yang melanda sahabat-sahabat. Aku berfikir sejenak, jika apa yang mereka lalui itu berlaku padaku masih adakah orang yang mengambil berat tentangku.Jika keluarga memang jawapannya adalah ya tapi aku jauh di perantauan.Siapa yang paling dekat denganku?jawapannya sahabat.


Peristiwa kedua telah aku risaukan begitu lama.ini kerana aku sudah tidak pulang ke rumah sejak bulan 5 tahun ini.Bagaimana keadaan keluargaku, Adakah mereka memaafkan aku kerna tidak pulang ke rumah?Aku tiada jawapan bagi semua soalan itu. Ini yang membuat aku sedih kerana seorang ayah kepada sahabatku meninggal dunia secara mengejut beberapa hari sebelum ramadhan tetapi dia masih berkesempatan berjumpa dengan ayahnya beberapa hari sebelum itu tetapi aku bagaimana?Sudah bersediakah aku? Hanya doa ku panjatkan agar aku berkesempatan untuk pulang walaupun sekejap.


Peristiwa ketiga yang membuatkan aku tidak dapat berkata-kata dan terharu.Peristiwa ini berlaku 2 hari yang lalu. Ketika aku selesai solat terawih 12 rakaat, aku terasa ingin membaca kitab-kitab yang tersusun di raks di masjid.Khusyuk membaca beberapa helai sambil memerhati beberapa orang kanak-kanak yang ceria bermain. Ketika sedang asyik membaca dating seorang kanak-kanak dari kalangan yang sedang bermain tadi mencapai senaskah Al-Quran dan membacanya.Terkedu aku seketika kerana budak itu menghafaz sambil mencari surah yang sedang dibacanya.Dengan lancar sekali bacaannya.Aku sangka dia adalah kanak-kanak dari luar Negara.Jadi setelah dia membaca satu surah(tak pasti surah apa kerana pada awlnya aku x memerhatikan bacaannya), aku memanggil dia.Namanya Ahmad bersekolah di SK Seri Tronoh. Aku berborak dengan dia.Baru darjah dua dah dilatih menghafaz Al-Quran.Memang ia bukan suatu yang agak pelik tetapi aku terharu kerana masih ada keluarga yang sebegini.Sungguh susah mencari keluarga terutama kanak-kanak yang sentiasa dekat dengan Al-Quran. Di sini, aku tidak terkata-kata kerana terimbau kembali zaman ku berada pada usianya. Sedih pun ada,Suka pun ada tetapi amibil pengajaran dari ini,Jika kanak-kanak boleh melazimi dan menghafaz Al-Quran takkan kita yang sudah dewasa ini tidak mampu


Baiklah,rasanya sekadar ini perkongsiannya.Banyak lagi peristiwa yang berlaku namun aku rasakan ini yang paling banyak member pengajaran padaku. Semoga ia bermanfaat pada semua yang membacanya. Bersama kita berebut dalam memperoleh kelebihan di bulan Ramadhan ini.InsyaAllah,ingatlah mungkin in adalah Ramdhan terakhir kita,jadi lakukan yang terbaik untuk mengisinya.Jangan biarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja.



Sekian,Wassalam…

No comments:

Post a Comment