Jauh perjalanan luas pemandangan
Pepatah yang sering digunakan sama ada sebagai motivasi untuk menyelami segala khazanah dunia atau menyusuri laluan ilmu dan cabang pengetahuan dalam dunia ini.Sememangnya ia dapat memberi semangat kepada semua yang mendengarnya.Begitulah juga yang terjadi padaku.Pabila terasa kesunyian,ku terus menyendiri dengan mengembara ke tempat yang blh memberikanku ketenangan.Memang aku tidak menyangkal bahawa hakikatnya ketenangan itu datang dari mengingati Allah dan dengan melihat alam aku lebih tenang untuk mengingati-Nya.
Keindahan yang terlakar di sepanjang perjalanan dan pelbagai ragam yang ada pada setiap diri makhluk di dunia ini membuatkan aku terfikir,keunikan-Nya yang tak boleh ditangani oleh sesiapa atau sesuatu di dunia ini kerana DIA ada pencipta segalanya.Manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah,pemerintah dan pentadbir di dunia ini telah membangunkan dunia ini dengan pesat tetapi boleh dikatakan tidak begitu seimbang.Kemajuan tamadun tidak diseimbangi kemajuan akhlak.Makin tinggi ke ilmu kita,semakin luntur akhlak kita terutamanya para muda-mudi.
Saidina Umar pernah berkata jika ingin lihat kekuatan sesebuah negara maka lihatlah pada golongan belia di negara tersebut.Jika diteliti semula,kita di negara ini mungkin tidak akan dapat bertahan jika diserang oleh musuh.Kerana apa saya katakan begitu,cubalah kita lihat kekuatan negara kita sendiri.Akhlak remaja entah kemana,budaya berat bertebaran serata pelusuk bumi,pergaulan tidak terjaga dan paling menyedihkan hubungan dengan manusia sudah tidak terjaga.hubungan dengan Allah entah ke mana hilang.Tetapi bila di ingatkan tentang mati, neraka dan seksaan di sana nanti.Semua berasa gerun dan takut.
Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai tetapi belia kini mengabaikannya bak air mengalir.tak memberi apa2 faedah dalam detik yang berlalu.Tidakkah kita fikir bahawa yang berdetik itu adalah nyawa kita?Adakah kita ingin buang nyawa kita sebagaimana kita membuang sampah.Ingatlah nyawa kita telah ditentukan tamatnya bila tetapi para sahabat dan kaum yang terdahulu telah memanjangkan usia mereka dengan memberikan sesuatu yang berfaedah kepada kita.Jadi tidakkah kita ingin mengikut jejak langkan mereka.Cuba lihat Ibnu sina,cara perubatannya masih digunakan.Para imam,nama mereka masih disebut walaupun sudah lama tiada.Fikirlah sementara masa masih muda,badan masih kuat,otak masih cerdas,dan tulang masih kuat kelak nnt kita tidak menyesal di kemudian hari.
Maaf jika luahan ini agak lintang-pukang tiada tema tetapi terlalu banyak ilham yang hadir sepanjang pengembaraanku ini sehingga tak tertulis dalam masa yang singkat ini.Pesanan ini untuk ku dan juga sahabat2 dan saudara2ku yang masih terleka dalam dunia khayalan.Moga kita tersedar dan lakukan perubahan demi menjana ummah yang gemilang seperti para tentera Sultan Muhammad Al-Fateh,Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dan membentuk akhlak seperti Rasulullah S.A.W. ..InsyaAllah...

No comments:
Post a Comment