Wednesday, March 4, 2009

Hari-hari yang penuh cabaran....

Salam....

Semalam bagai suatu cabaran bagiku untukku tempuh berseorangan.Sesungguhnya aku tidak kuat dengan ujian ini.Tetapi dengan kuasa yang Esa aku berjaya mengharunginya.Sejak beberapa hari ini ku terasa bagai kesepian dan sangat tertekan.Bukan bermakna ku telah putus cinta.Bercinta pun x pernah.Aku di penuhi dengan bebanan tugas yang banyak.Ditambah lagi penyediaan program yang belum mendapat pengesahan.Semua ini adalah tekanan bagiku.Hari ini aku akan menempuhi pula ujian 1 bagi subjek Kimia.Harapnya aku dapat buat dengan baik daripada usahaku yang tidak seberapa.Doakan ku agar dapat lakukan yang cemerlang.

Semalam ku rasa hatiku kosong.Bagai suasana di sebuah gua.Gelap dan kosong.Perasaan ini aku tidak dapat gambarkan.Nak kata aku ada masalah,mmg la ada tetapi tidak la sehingga tahap begini.Nak kata aku dilamun cinta tidak juga kerana perasaanku tidak pernah memikirkan hal itu.Jadi apakah ujian ini sebagai untuk menyadarkanku agar jangan terlalu leka dengan bebanan tugas lain sehingga pelajaran terabai?Adakah ia sebagai penyedar aku untuk mengingat semula apa azamku pada semester ini?Pelbagai persoalan yang timbul.Tetapi ku rasakan itu adalah ujian dariNya agar ku tidak tersasar jauh dari tujuan dan matlamatku di UTP dan juga di dunia.

Hari ini kurasa tenang dan tenteram.Dengan keindahan pagi yang dikurniakanNya,aku dapat merasai ketenangan dipagi hari.Harapnya semua rakanku dapat merasa ketenangan yg ku rasai agar dapat  menumpukan perhatian dalam ujian nanti.InsyaAllah...Akhirnya aku berharap ketenangan ini akan sentiasa di hati dan ku harapkan peringatan daripadaNya dan juga rakan2ku jika diri yang kerdil ini terlalai dari tugasnya yang sebenar....

Manusia tidak lari dari ujian,maka tempuhilah ia dengan tenang.

No comments:

Post a Comment