Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Sejak beberapa hari ini berlaku kekeliruan identiti dalam diri saya disebabkan bebanan kerja yang banyak.Namun begitu,dengan tindakan pantas yang telah saya ambil berjaya mengurangkan tekanan tersebut.Alhamdulillah,saya bersyukur dengan apa yang saya peroleh pada hari ini.Nikmat iman dan Islam yang paling utama.Tetapi jika ditanya apa nikmat iman dan islam itu?InsyaAllah dengan ilmu yang ada saya boleh terangkan.Penerangan yang utama dalam nikmat ini adalah kepercayaan kepada-Nya yang Esa.Sesunggunhnya saya masih meningkatkan ilmu agama di dada.Saya harap dan berdoa agar nikmat ini kekal sehingga ke akhir hayat.InsyaAllah.
Sejak beberapa hari ini saya memikirkan betapa beruntungnya saya berada di Malaysia amnya dan berada di Universiti Teknologi PETRONAS ini khususnya.Walaupun tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara,inilah takdirnya yang terbaik untuk saya,tetapi dengan keselesaan yang dapat di sini untuk terus menuntut ilmu dan mencari keredhaan-Nya ia adalah satu nikmat bagi saya.Pabila memjejak kaki ke UTP,saya tidak terlalu memikirkan tentang kewangan kerana mendapat biasiswa tetapi bila melihat pelajar yang datang tanpa biasiswa,saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya mempunyai bantuan kewangan lain selain dari ibubapa.Pabila difikirkan semula,banyak nikmat yang telah saya peroleh tetapi adakah saya bersyukur pada-Nya yang maha Pemurah?Aku memohon agar segala amalanku dikira sebagai ibadah sebagai bekalan di akhirat kelak.
Segala yang ku tulis hari ini adalah luahan hati yang ku pendamkan selama ini.
Dalam tempoh sebulan saya tidak mengarang post dalam blog ini,banyak perkara yang berlaku kepada diri ini.Ada yang dapat dikesan oleh kawan2 tetapi kebanyakan nya dapat ku sembunyikan dari pengetahuan mereka.Memang pada mulanya bila kita ada masalah atau tekanan,cara yang lebih baik bercerita kepada kawan2 tetapi pabila perkara berlaku kepada diri ku,saya fikirkan lebih elok tidak memberatkan kawan2 dengan masalah ku.Mereka pun sudah punya banyak masalah.
Pada bulan ini saya mengalami masalah kewangan kerana membeli LCD baru bagi memudahkan kerja kerna LCD laptop saya yang rosak.Jadi kewangan untuk perbelanjaan makanan dan lain-lain agak terganggu.Meminjam kepada kawan sudah menjadi perkara biasa padaku pada bulan ini tapi saya bejanji tidak akan menjadikannya sebagai suatu yang perlu pabila mengalami masalah kewangan.Saya akan berusaha dahulu walau dengan berlapar seharian,Saya tak kisah asalkan tidak menyusahkan rakan yang lain.Jadi bulan ini memberiku banyak pengajaran .
Ada lagi satu cerita,tetapi ini kisah yang sudah biasa kepada para penuntut di universiti dan sekolah menengah.Ceritanya hal perasaan.Sejak akhir2 ini aku selalu dengar kawan2 ku bercerita mengenai gadis pilihan mereka tidak terkecuali juga saya.Biasalah kan, kita masing-masing ada perasaan dan itu adalah norma kehidupan.Rasa kasih dan sayang pada seseorang wanita itu adalah sesuatu yang hadir tanpa kita sedar tetapi ahrus kita fikir akan kebaikan dan keburukannya.Kita boleh merasai perasaan cinta itu tetapi usahlah dilayan perasaan itu kerna kelak menjadi racun dalam diri kita.Saya pun mengalaminya sehingga terjadi satu gangguan identiti.Bukan gila tapi tak dapat fikir dengan rasional.Macam itulah masalah yang berlaku jika perasaan itu dilayan tidak pada masanya yang sesuai.Saya fikir sekarang ini umur baru 19 tahun.Klu nak fikir tentang kahwin pun lambat lagi.Jadi itlah diistilahkan sebagai perasaan dilayan tidak pada waktunya.Jadi lebih baik biarkan saja perasaan itu berlalu.Sesungguhnya itu yang lebih baik bagi manusia bergelar pelajar.
Maaf la sebab x boleh nak tulis keseluruhan cerita yang berlaku.Hanya sekadar refleksi diri untuk bulan ini agarku menjadi orang yang lebih baik.Sesungguhnya orang yang lebih baik dari hari semalam adalah orang yg beruntung.Dan maaf sekali lagi sebab ayat tunggang langgang.Xde idea sebenarnya.Cuma nak luah perasaan.Sekurang-kurangnya tenang perasaan ini.Yang lebih penting,selalu ingat padaNya kerana Dia yang memberi penyakit dan menyembuhnya.
Dan ingatlah dalam hidup ini,
Kalah bukanlah sesuatu kegagalan selama-lamanya,
Dan menang itu bukan juga selama-lamanya,
Usahlah berputus asa walau mendapat kegagalan atau kejayaan.
No comments:
Post a Comment