Salam semua,skrg sudah memasuki tanggal 17 Januari 2009.Beberapa jam sahaja lagi saya akan bertolak ke kampus Universiti Teknologi PETRONAS bagi meneruskan perjuanganku dalam pendidikan.InsyaAllah perjalanan ini harapnya mendapat berkat dari-Nya.Saya berharap agar perjalanan yang bakal ditempuhi ini akan diberikan kemudahan oleh-Nya.Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.
Sekarang ini saya masih mengemas barang yang akan dibawa.Kelihatannya agak banyak tetapi kurang daripada apa yang saya bawa pulang dahulu.Saya beharap agar mempunyai kekuatan untuk menempuhi perjalanan esok dan yang bakal menjelang.Semoga kita semua diberkati dengan apa yang kita lakukan.
Di sini,ada cerita sedikit beberapa hari sebelum tamatnya cuti semester ini.Pada hari Khamis yang lalu,saya bersama beberapa orang kawan bermain boling.Pada mulanya semua main 4 games seorang.Selepas main ada yang nak tambah lagi.Nak dijadikan cerita kami hanya berlima di sana.Jadi apabila mereka hendak main berpasangan dan saya agak keletihan saya bercadang untuk tidak meneruskan permainanApabila agak bosan menunggu saya bercadang untuk bemain semula.Harga untuk main 2 games rm 7.60. kalau main 4 games baru rm 10.00.Oleh sebab itu, saya ambil keputusan untuk bermain sebanyak 4 games.Terasa macam nak lucut tangan ni...hehehe...keputusan untuk permainan ni.
Game 1 = 99 Game 5 = 138
Game 2 = 113 Game 6 = 146
Game 3 = 108 Game 7 = 131
Game 4 = 123 Game 8 = 92
Keputusan permainan ini agak baik la kalau dibandingkan dengan sebelum ini.Tapi lepas keluar sahaj pusat boling Ampang Superbowl Langkawi,saya dikejutkan dengan berita buruk.Tayar kereta kena kunci!!!!!Aduhai,itulahorang buat tempat parkir tak nak parkir.Nak juga cari yang percuma,kan dah kena.Melayang duit aku RM 50.00...huhuhu....Lari 'budget' aku.ada 2 3 barang yang tak boleh dibeli.
Jadi inilah bingkisan waktu cuti semester Julai 08 yang terakhir.Esok saya akan melangkah ke semester baru,Januari 09 yang bakal membawa cabaran baru.Moga-moga impian mendapat 4.00 untuk semester ini tercapai,InsyaAllah.Semoga apa yang dirancang menjadi.Semoga selamat kita semua dan sentiasa diberkati.Keberkatan-Nya lebih penting dari apapun.Carilah keberkatan-Nya dan kita akan peroleh apa yang dihajati...
~Hidup ini biarlah bermatlamat agar tidak sesat di jalan yang terang~
No comments:
Post a Comment